Info Pelan

Mengalami Pembaharuan AllahSampel

Experiencing God's Renewal

HARI 4 DARIPADA 5

1 Korintus 6:19-20 mengingatkan kita tentang kepentingan memperbaharui bahagian dalaman dan juga bahagian luaran kita. Fikir sejenak tentang ini. Tubuh kita adalah tempat kediaman Roh Kudus dan harus dilayan sepertinya. Adakah anda membiarkan bangunan gereja anda kelihatan tidak terpelihara atau mundur? Semestinya tidak! Sekiranya pembaikan diperlukan untuk gereja anda, anda akan mengubah suai gereja anda supaya ia berdiri sebagai suar kasih Kristus yang berseri-seri dalam komuniti anda. Oleh itu, bukankah kita harus melayan tubuh kita dalam cara yang sama dan memperbaharuinya secara berterusan agar ia berupaya melaksanakan tujuan Allah dalam kehidupan kita? Bagaimanakah anda perlu memperbaharui tubuh anda? Pembaharuan kelihatan berbeza bagi setiap orang. Bagi sesetengah orang, ia mungkin memerlukan senaman yang lebih atau diet yang lebih baik. Ia mungkin keperluan penyembuhan fizikal. Bagi orang lain pula, ia mungkin membenarkan Allah untuk memperbaharui dosa seksual lampau. Carilah bahagian tubuh anda yang memerlukan pembaharuan dan benarkan Allah untuk mengerjakan penyembuhan-Nya dalam kehidupan anda.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Experiencing God's Renewal

Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini...

More

We would like to thank LifeChurch.tv for providing this plan. For more information, please visit: www.lifechurch.tv

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami