Meletakkan Tuhan di Tempat PertamaSampel

Meletakkan Tuhan di Tempat Pertama

HARI 4 DARIPADA 5

“Memenangi Pertempuran Kehidupan dengan Bantuan Tuhan”


Pertempuran sepanjang hidup berlangsung dalam kehidupan kita. Dari satu segi adalah pengaruh sifat lama yang penuh dosa - kecenderungan lama, godaan dan dosa lama yang sukar diatasi. Dengan peredaran masa, apabila kita makin matang dalam perjalanan kita dengan Tuhan, pengaruh sifat berdosa ini menjadi makin lemah. Dari satu segi lagi adalah pengaruh kehadiran Roh Kudus yang semakin meningkat dalam kehidupan kita. Ini adalah dua kekuatan yang bertentangan seperti yang disebut dalam Galatia:


"Inilah maksudku: Biarlah Roh Tuhan memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia. Hal itu demikian, kerana keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh Tuhan, dan keinginan Roh Tuhan bertentangan dengan keinginan manusia. Kedua-duanya saling bermusuhan sehingga kamu tidak dapat melakukan apa yang kamu inginkan." Galatia 5:16-17 


Firman Tuhan menggalakkan kita untuk “hidup berpandukan Roh Kudus.” Dalam erti kata lain, kita mesti membenarkan pengaruh Roh Kudus menang atas kecenderungan berdosa dalam kehidupan kita.


 Sering kali, ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Sifat berdosa kita mendorong kita untuk membuat keputusan untuk memenuhi cita-cita dan nafsu yang mementingkan diri. Ini disebut godaan, dan Yakobus menerangkannya seperti berikut: 


"Jika seseorang tergoda semasa mengalami cubaan seperti itu, dia tidak boleh berkata, “Godaan ini datangnya daripada Tuhan.” Hal ini demikian kerana Tuhan tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan Tuhan sendiri tidak menggoda sesiapa. Seseorang tergoda apabila dia dipikat dan diperangkap oleh keinginannya sendiri yang jahat." Yakobus 1:13-14


Hanya apabila kita membuat keputusan untuk mengalah terhadap godaan, baru godaan itu menjadi dosa.


"Apabila dia menuruti keinginannya yang jahat itu, maka lahirlah dosa; dan dosa yang berterusan akan mengakibatkan kematian." Yakobus 1:15


Namun yang menakjubkan adalah, sebagai tanda kasih sayang dan rahmat Tuhan yang mendalam terhadap semua orang Kristian, Tuhan mengampuni kita dan menyucikan kita daripada semua dosa kita. Kita benar-benar diampuni 100%.


"Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Tuhan, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah." I Yohanes 1:9


Walau bagaimanapun, masih ada bahaya jika kita membiarkan dosa tidak terkawal. Walaupun Tuhan mengampuni kita dan menyucikan kita, Dia tidak semestinya menghilangkan akibat dan keadaan yang membinasakan yang ditinggalkan oleh dosa. Sementara Tuhan akan selalu menolong kita melalui waktu-waktu yang sukar, meskipun semasa kesukaran itu disebabkan oleh keputusan kita sendiri, tindakan terbaik kita adalah melakukan semua yang mungkin untuk mengelakkan daripada membuat keputusan tersebut pada mulanya.


I Korintus menerangkan dua aspek penting dalam menangani godaan dan dosa secara efektif:


“Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Tuhan setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya. ” I Korintus 10:13


Pertama, anda tidak bersendirian dalam pergumulan anda. Anda harus tahu bahawa terdapat orang Kristian lain, sama ada yang baru 30 hari ataupun sudah 30 tahun berjalan dengan Tuhan, yang masih bergumul dengan godaan yang serupa dengan yang anda hadapi.


Kedua, Tuhan tidak akan membenarkan kita digoda melebihi had di mana kita tidak dapat membuat keputusan untuk mengelakkan dosa. Dia sentiasa menyediakan jalan keluar. Tanggungjawab kita, walaupun mencabar, adalah mencari jalan keluar daripada godaan tersebut.


Bahagian seterusnya menyediakan suatu strategi berasaskan Alkitab untuk menangani dosa dan godaan dengan efektif. Melaksanakan pelan ini adalah salah satu cara meletakkan Tuhan di tempat pertama dalam kehidupan anda!

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Meletakkan Tuhan di Tempat Pertama

Meletakkan Tuhan di tempat pertama dalam kehidupan kita bukanlah sesuatu yang dibuat hanya sekali... ini merupakan proses sepanjang hidup untuk setiap penganut Kristian. Sama ada anda baru percaya atau pengikut Kristus bergelar “veteran”, anda akan mendapati pelan ini mudah difahami dan mudah diikuti, serta merupakan strategi yang sangat efektif untuk kehidupan Kristian yang berkemenangan

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan