Info Pelan

Jalani Kehidupan yang Bermatlamat!Sampel

Jalani Kehidupan yang Bermatlamat!

HARI 4 DARIPADA 7

“Menghulurkan Kasih kepada Orang Lain”


Dengan kasih sayang yang kuat dan terus meningkat terhadap Tuhan yang hadir dalam kehidupan kita, keupayaan kita untuk mengasihi orang lain sudah tentu akan bertambah juga. Dengan cinta yang semakin matang terhadap orang lain, muncul keinginan yang semakin meningkat untuk menunjukkan cinta itu, sehingga memenuhi salah satu matlamat terpenting semasa Tuhan ciptakan kita - iaitu, melakukan kerja yang baik untuk orang lain.


Ternyata sebahagian daripada rancangan Tuhan selama ini adalah supaya kita mengiringi cinta dengan tindakan. Setiap seorang antara kita termasuk dalam rancangan induk Tuhan untuk menyentuh kehidupan orang lain melalui perbuatan baik.


Setiap kali kita menyentuh kehidupan orang lain dengan kata-kata yang baik, memenuhi keperluan tertentu, atau sekadar mendengar keluhan hati mereka, kita bukan hanya mengungkapkan kasih kita, tetapi juga kasih Tuhan terhadap mereka melalui diri kita. Dengan cara ini, kita menjadi ejen utama untuk memancarkan kemuliaan Tuhan dengan terang ke dunia yang sebaliknya dipenuhi kegelapan dan rasa putus asa. Menyinarkan cahaya kita bermaksud membenarkan cahaya Tuhan bersinar melalui kita. Terdapat tiga cara penting untuk memancarkan kemuliaan Tuhan kepada orang lain: 


1.   Jadilah saksi yang efektif; 

2.   Melayani orang lain; 

3.   Persekutuan dengan orang Kristian. 


Meletakkan iman kita dalam tindakan dalam tiga cara ini membolehkan orang lain untuk mengalami kasih sayang, kurnia dan belas kasihan Tuhan, semua untuk kemuliaan-Nya.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Jalani Kehidupan yang Bermatlamat!

Kehidupan yang menggembirakan dan bermatlamat didasarkan pada hubungan, cinta dan iman. Sekiranya anda mencari kejelasan mengenai rancangan Tuhan untuk hidup anda, ikuti pelan ini untuk membantu memfokuskan pencarian dan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami