Info Pelan

Jalani Kehidupan yang Bermatlamat!Sampel

Jalani Kehidupan yang Bermatlamat!

HARI 7 DARIPADA 7

“Persekutuan dengan Orang Kristian”


Memberi dorongan, kasih sayang dan kekuatan kepada orang beriman yang lain adalah salah satu keutamaan terpenting kita. Hakikatnya adalah kita saling memerlukan. Begitulah perancangan Tuhan. Tuhan tidak mahu sesiapa pun “hidup bersendirian.”


Sebenarnya membina hubungan dengan orang Kristian lain sangat penting untuk pertumbuhan diri sendiri. Tuhan sering menetapkan "pertemuan ketuhanan" untuk membebaskan kita atau agar kita mendorong antara satu sama lain kerana mungkin hanya kita yang dapat melakukannya.


Prinsip kekuatan dalam keramaian juga penting bagi orang Kristian, dan memiliki hubungan yang kuat dengan saudara seiman membantu kita berkembang dalam perjalanan kita dengan Tuhan!


Rancangan Tuhan mendirikan gereja tempatan adalah agar anda dapat berhubung dengan orang beriman yang lain. Libatkan diri dan nikmatilah faedah memberi dan menerima berkat daripada saudara dan saudari anda dalam Kristus!

Hari 6

Perihal Pelan

Jalani Kehidupan yang Bermatlamat!

Kehidupan yang menggembirakan dan bermatlamat didasarkan pada hubungan, cinta dan iman. Sekiranya anda mencari kejelasan mengenai rancangan Tuhan untuk hidup anda, ikuti pelan ini untuk membantu memfokuskan pencarian dan...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami