Pelaburan Terbaik Anda!Sampel

Pelaburan Terbaik Anda!

HARI 2 DARIPADA 5

“Gambaran Keseluruhan Alkitab”


Alkitab dipenuhi dengan prinsip-prinsip abadi, petunjuk yang jelas dan contoh-contoh yang relevan untuk menjalani kehidupan yang seimbang, dipenuhi kepuasan dan diberkati sebagai orang Kristian. Sebenarnya, Firman Tuhan tidak pernah, dan tidak akan menjadi tidak relevan, tanpa menghiraukan perubahan masa dan musim. Firman Tuhan tersedia untuk mempersiapkan dan melengkapkan kita bagi mencapai tujuan Tuhan untuk kehidupan kita.


“Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna  untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik .” II Timotius 3:16-17


Alkitab boleh dianggap sebagai ungkapan bertulis daripada Tuhan yang intim, dan semua yang Dia wakili kepada manusia. Berikut adalah beberapa perkara untuk membantu menentukan maksudnya:


1 -  Alkitab adalah ungkapan kasih Tuhan yang nyata. Ia menceritakan tentang sifat dan watak-Nya, penyampaian dan perintah-Nya, dan pada asasnya ungkapan penuh kasih sayang-Nya untuk setiap orang yang pernah hidup. 


2 -  Alkitab diilhamkan oleh Tuhan. Sementara 66 buah kitab dalamnya ditulis secara fizikal oleh banyak pengarang, setiap orang diilhamkan secara langsung oleh Tuhan melalui Roh Kudus untuk menuliskan apa yang ditulis itu.


3 -  Alkitab adalah perintah Tuhan untuk kehidupan kita. Akhirnya, oleh kerana Alkitab ialah “surat” Tuhan kepada manusia, dan tulisan di dalamnya diilhamkan oleh Tuhan, Firman-Nya mempunyai kuasa yang sama terhadap kehidupan kita seperti Tuhan Sendiri.


Firman Tuhan adalah salah satu asas terpenting bagi pertumbuhan dan kematangan rohani kita dalam Tuhan. Demi membolehkan benih Firman Tuhan berkembang subur dalam kehidupan kita, kita perlu menanam benih itu dengan membacanya, mengembangkan pemahaman kita tentangnya, dan kemudiannya menerapkannya dalam kehidupan kita.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Pelaburan Terbaik Anda!

Mendapat pulangan yang diberkati dan melimpah-ruah bermula dengan membuat pelaburan yang tepat. Sekiranya anda seorang Kristian yang baharu, tidak ada pelaburan yang lebih besar yang dapat anda lakukan dalam iman anda daripada membaca Firman Tuhan dengan tetap. Mulakan di sini untuk membantu anda Membaca, Memahami dan Melaksanakannya dengan berkesan setiap hari. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan