Pelaburan Terbaik Anda!Sampel

Pelaburan Terbaik Anda!

HARI 5 DARIPADA 5

“Terapkan Prinsip-prinsip Tuhan Setiap Hari”


“Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku.” Mazmur 119:105


Bagi orang Kristian, Firman Tuhan memberikan kekuatan penerangan dalam dunia yang ada kalanya gelap. Firman Tuhan hanya akan menjadi sumber cahaya jika kita mendedahkan diri kepada kebenarannya dan membiarkannya menembusi kehidupan kita dengan mendalam. Yesus menerangkan ini dalam perumpamaan yang terdapat dalam Matius:


“Seorang peladang pergi menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan, lalu burung datang dan memakan habis benih itu. Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih itu segera bertunas kerana tanahnya sedikit. Tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam. Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri itu tumbuh, lalu membantutkan tumbuhan itu. Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur lalu berbuah. Hasilnya ada yang seratus kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang tiga puluh kali ganda.” Matius 13:3-8


Benih dalam cerita itu menggambarkan Alkitab, dan pelbagai keadaan tanah mewakili kesediaan dan kesanggupan kita menerima Firman Tuhan. Ingatlah bahawa bukan semua benih yang ditanam oleh seseorang petani itu akan membuahkan hasil yang dijangka; hanya benih yang ditanam dalam tanah yang bagus. Baca Matius 13: 18-23 bagi penjelasan Yesus tentang cerita ini. Mengusahakan “tanah yang bagus” dalam kehidupan kita bermakna kita membenarkan Firman Tuhan menembusi pemikiran kita dan mempengaruhi motif serta sikap hati kita.


“Firman Tuhan itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Tuhan menghakimi fikiran dan niat hati manusia.” Ibrani 4:12

Hari 4

Perihal Pelan

Pelaburan Terbaik Anda!

Mendapat pulangan yang diberkati dan melimpah-ruah bermula dengan membuat pelaburan yang tepat. Sekiranya anda seorang Kristian yang baharu, tidak ada pelaburan yang lebih besar yang dapat anda lakukan dalam iman anda daripada membaca Firman Tuhan dengan tetap. Mulakan di sini untuk membantu anda Membaca, Memahami dan Melaksanakannya dengan berkesan setiap hari. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan