Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 1 DARIPADA 30

Dicintai sehingga Akhir Waktu

Kadangkala orang bertanya, "Adakah anda fikir bahawa Allah akan mendengar doa orang jahat yang berseru kepada Allah bahkan di waktu terakhir dalam hidupnya--jika orang tersebut telah membuat perkara jahat? Adakah Allah akan mangampuni orang seperti itu?" Sudah semestinya Dia akan.

Kadangkala kita mempunyai orang yang kita cintai yang telah meninggal dan tidak pernah membuat pengakuan iman. Dan kita mungkin membuat kesimpulan bahawa mereka tidak masuk ke syurga. Tetapi kita tidak mengetahuinya. Adakah anda bersama mereka dalam waktu terakhir hidup mereka? Adakah anda berada di sana ketika mereka menghembuskan nafas terakhir? Bagaimana anda tahu bahawa mereka tidak berseru memanggil Yesus?

Inilah yang anda tahu. Allah mencintai mereka dan ingin mereka diselamatkan. 1 Timotius 2:4 mengatakan, Allah "mengkehendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran."

Ketika Yudas sampai di Taman Getsemani untuk mengkhianati Yesus, Yesus berkata kepadanya, "Hai teman, untuk itukah engkau datang?" (Matius 26:50). Yesus memberikan Yudas satu peluang lagi untuk bertobat. Dan saya percaya jika Yudas berhenti dan berkata "Tuhan, saya telah membuat kesalahan. Saya tidak tahu apa yang saya fikirkan. Ampunilah saya," dan Yesus akan mengampuninya. Mengapa? Kerana Allah berkata, "Aku tidak berkenan kepada kematian orang fasik, melainkan aku berkenan kepada pertobatan orang fasik itu dari kelakuannya supaya ia hidup. Bertobatlah, bertobatlah dari hidupmu yang jahat itu!" (Yehezekiel 33:11). Yesus mencintai Yudas sehingga akhir waktu. Yudas merupakan sahabatNya. Tetapi sahabatNya mengkhianatiNya, dan ini melukakan hatiNya.

Saya tidak mahu memberikan kepastian yang salah dan menimbulkan fikiran bahawa semua orang berada dalam syurga, kerana tidak semuanya. Tetapi saya ingin katakan bahawa jika mereka berseru kepada Tuhan dalam waktu terakhir hidup mereka, Dia akan mengampuni dan memaafkan mereka.

Ayat ringkasan: Jika anda berseru kepada Tuhan, bahkan ketika di waktu terakhir hidup anda, Dia mendengarkan anda!

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Unless otherwise indicated, Scripture taken from the New King James Version. Copyright © 1982 by Thomas Nelson, Inc. Used by permission. All rights reserved.
Hari 2

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org

Pelan yang Berkaitan