Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 2 DARIPADA 30

Penyesalan atau Pertobatan?

Terdapat perbezaan antara pertobatan dan penyesalan. Penyesalan ialah rasa bersalah kerana tertangkap. Sebagai contoh, jika anda merompak bank, melarikan diri buat seketika, dan akhirnya ditangkap, anda berasa menyesal. Mengapa? Kerana anda tertangkap.

Atau, jika anda sedang memandu di lebuh raya dan diminta berhenti oleh polis peronda, anda berasa menyesal. Mengapa? Kerana anda tertangkap, bukan disebabkan anda melanggar limit kelajuan. Itu bukannya pertobatan; itu adalah penyesalan. Pertobatan ialah berasa cukup bersalah untuk berhenti apa yang anda lakukan dan mengubah kelakuan anda.

Yudas Iskariot menyesal tentang penganiayaannya kepada Yesus. Dia tahu bahawa Yesus tidak bersalah. Dia tahu bahawa apa yang dia lakukan itu salah. Dan jika dia bertobat, dia masih boleh kembali kepada Yesus. Tetapi sebaliknya, dia berpihak kepada imam-imam kepala.

Dan apakah yang dia dapat melalui kelakuannya? Mereka katakan, dalam kesannya, "Engkau tahu? Apakah itu bagi kami? Itu adalah masalah engkau. Engkau sudah menyempurnakan tujuanmu. Pergi dari sini." Itu adalah sangat biasa dalam dunia ini. Ia menjanjikan kebebasan, tetapi membawa kepada perhambaan. Ia menjanjikan kenikmatan, tetapi membawa kepada kesalahan. Bukannya sukacita, malah kesedihan. Bukannya kesenangan, malah kesakitan. Yudas tidak mempunyai sahabat dalam dunia ini kecuali Yesus, dan dia telah mengkhianatiNya. Oleh itu Yudas berpaling kepada agama, dan agama tidak menawarkannya apa-apa. Dia memerlukan Yesus.

Agama adalah seperti menerima balutan ketika anda memerlukan pembedahan yang mendedahkan jantung. Kita tidak memerlukan agama yang sedikit, kerana agama yang sedikit atau bahkan banyak--tidak akan membantu kita. Kita memerlukan lebih banyak Yesus.

Ke manakah kesalahan anda akan membawa anda? Jika anda berasa bersalah kerana dosa anda, di sini lah anda perlu pergi: kepada Kristus. Inilah sahaja tempat yang perlu anda pergi.

Ayat ringkasan: Adakah anda tahu perbezaan antara dukacita menurut kehendak Allah dan penyesalan?

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org

Pelan yang Berkaitan