Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 11 DARIPADA 30

Kekuatan Yang Tidak Dijaga

Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan. (Amsal 16:18)

Jangan pernah katakan, "Saya tidak mungkin akan lakukan . . . ," kerana pada hakikatnya adalah anda mampu untuk melakukannya atau lebih.

Langkah pertama yang membawa kepada penyangkalan Petrus kepada Tuhan adalah keyakinan diri. Dia telah berkata kepada Yesus, "Biarpun mereka semua tergoncang imannya karena Engkau, aku sekali-kali tidak" (Matius 26:33). Apa yang menyebabkan Petrus untuk berkata demikian adalah kerana wahyu bahawa Yudas Iskariot merupakan pengkhianat. Petrus dengan berkesannya mengatakan, "Lihat, aku tidak tahu tentang Yakobus dan Yohanes, yang dipanggil Anak-anak Guruh. Dan aku tidak pasti tentang Matius dan yang lain. Tetapi aku berkata kepadaMu bahawa: aku tidak mungkin akan mengecewakanMu." Itulah kesombongan, dan Amsal 16:18 mengatakan, "Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan."

Kita mungkin berkata, "Saya tidak mungkin jatuh di kawasan ini." Tetapi berhati-hatilah. Itulah kawasan yang berkemungkinan tempat kita jatuh.

Anda mungkin berkata, "Oh, saya tidak mungkin melakukan itu. Saya tidak mungkin, dalam berjuta tahun, melakukan dosa tersebut. Saya sangat kuat dalam kawasan tersebut. Anda tahu, mungkin saya sedikit lemah di sini. Tetapi dalam tempat yang satu ini saya tidak akan jatuh." Benarkah? Tidak tahukah anda betapa jahatnya hati anda sebenarnya? Tidak tahukah anda bahawa kita semua mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara yang salah? Dalam nyanyian pujian, Datanglah ya Sumber Rahmat, berkata,

Tiap hari 'ku berutang
pada kasih abadi.
Rantailah hatiku curang
dengan rahmat tak henti.
'Ku dipikat pencobaan
meninggalkan kasihMu;
inilah hatiku, Tuhan,
meteraikan bagiMu!

Ayat ringkasan: Ingatlah, kekuatan yang tidak dijaga adalah kelemahan dua kali ganda.

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org

Pelan yang Berkaitan