Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Pertanyaan Mengapa
Tidak lama dahulu, seorang wanita yang telah kehilangan anaknya memberitahu saya, "Greg, apa yang boleh saya tanyakan adalah, 'Mengapa? Mengapa?' " Dan kemudian dia katakan, "Salahkah untuk bertanya mengapa?"
Saya katakan padanya, "Saya tidak rasa itu salah. Anda boleh tanyakan apa sahaja yang anda mahu. Yesus bertanya: "Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?' " Saya menambah, "Tidak perlu mengharapkan jawapan. Dan kalau pun Allah memberi jawapan, saya tidak pasti sama ada anda akan menyukainya."
Mengapa? Mengapa? Bagaimana jika Allah sebenarnya menjawab pertanyaan tersebut? Ia berlaku kepada Habakuk. Dia bertanya kepada Allah mengapa hal-hal tertentu terjadi. Hal-hal tersebut tidak masuk akal baginya, dan kemudian Allah berkata, "Lihatlah di antara bangsa-bangsa dan perhatikanlah, jadilah heran dan tercengang-cengang, sebab Aku melakukan suatu pekerjaan dalam zamanmu yang tidak akan kamu percayai, jika diceriterakan" (Habakuk 1:5).
Habakuk pada dasarnya menjawab, "Cubalah saya."
Dan ketika Allah memberitahunya mengapa, Habakuk tidak menyukai jawapan Allah. Dia tidak setuju dengan jawapan tersebut.
Allah boleh memberitahu kita mengapa. Tetapi kita tidak akan mendapatnya sehingga kita sampai ke syurga dan melihat hal-hal sebagaimana adanya.
Mungkin daripada kita bertanya mengapa, soalan yang lebih baik adalah, "Apa?" seperti, "Apakah yang Engkau ingin aku lakukan?"
Apa yang Allah ingin anda lakukan ialah untuk memanggil Dia. Apabila orang datang kepada saya dan sedang menderita, apabila mereka mancari jawapan, saya memberitahu mereka, "Saya tidak mempunyai jawapan. Tetapi inilah yang saya punyai: Kembali kepada Allah. Bersandar kepada Yesus. Berpaut padaNya. Berdoa."
Suatu hari nanti, pertanyaan mengapa tersebut akan diselesaikan. Sekarang, semuanya tentang siapa dan apa. Ia adalah tentang kepada siapa kita akan kembali dan apa yang kita lakukan. Jika berlakunya tragedi, jangan lari daripada Allah; kembali kepada Dia.
Ayat ringkasan: Jika berlakunya tragedi, jangan lari daripada Allah; kembali kepada Dia.
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Scripture quotations are taken from the Holy Bible, New Living Translation, copyright 1996, 2004. Used by
permission of Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org