Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 11 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 2:4-7.
Mengikut ayat 4, kenapakah Allah menyelamatkan kita? Dahulunya kita mati, namun kini, mengikut ayat 6, di manakah tempat kita?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 2:4-5
"Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita, sehingga sementara kita mati secara rohani kerana pelanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus."

MENJIRAM BENIH
Musuh kita, iaitu iblis, kuat berusaha agar kita rasa kecewa, tidak diterima, dan berasa kita orang buangan! Kita kepunyaan Allah, dipilih sebelum masa bermula, berkedudukan dalam Kristus, tersembunyi di dalamNya, tidak akan dibuang atau ditinggalkan, dan diduduki di meja jamuan terbaik. Tidak kira siapa menjauhi atau menolak kita dalam dunia ini, kita sentiasa di dalam Kristus.

Berhenti seketika dan pertimbangkanlah kemurahan Allah terhadap anda. Tanamkan benih kebenaran ini di dalam hatimu dan percayakannya. Di tempat anda pada masa ini, tunduklah kepala dan hati dan ulangi, serta merenungi perkataan ini: "Allah, yang sangat berbelas kasihan, kerana kasihMu yang besar yang dilimpahkanMu kepadaku, telah menghidupkanku bersama Kristus, sekalipun aku mati dalam kesalahanku." Pejamkan mata anda dan gambarkan rahmat Allah melimpah anda.

BERBUAH
Dilimpahkan rahmat dan dikasihi dengan kasih Allah yang besar.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 10Hari 12

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: http://www.thistlebend.org/

Pelan yang Berkaitan