21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 4 DARIPADA 21

Sikap Mementingkan Diri Sendiri

Hari ini, kita menumpukan perhatian pada menyingkirkan diri daripada sesuatu yang semakin biasa dalam dunia sekarang ini: sikap mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita lakukan, bukan di gereja sahaja, tetapi di luar gereja tidak boleh dilakukan dengan sikap mementingkan diri atau keangkuhan. Sama ada kita berada di tempat kerja, di sekolah, bersama-sama dengan kawan, dengan keluarga, di pasar, atau melayani sebagai pemimpin, motif kita adalah penting.

Soalan yang harus ditujukan terhadap diri sendiri bukanlah, "Apakah yang terbaik bagi saya?" Sebaliknya, kita harus menanya diri, "Apakah yang terbaik bagi Kerajaan Allah?" Cita-cita kita seharusnya mencari cara yang terbaik untuk melaksanakan kehendak Allah yang sempurna.

Filipi 2:3-4 mengatakan janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Apa pun bermaksud apa pun. Apabila kita melakukan sesuatu bagi kebaikan Kerajaan Allah daripada bagi diri sendiri, betapa berbezakah kehidupan kita?

1 Korintus 10:24 mencerminkan prinsip ini, menyatakan bahawa tidak seorang pun harus melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi melakukannya untuk kepentingan orang lain. Betapa berbezakah gereja jika setiap orang bertindak demi kepentingan orang lain? Betapa berbezakah dunia ini jika tiada orang yang bersikap mementingkan diri tetapi bertindak untuk kepentingan orang lain?

Lain kali anda cuba melakukan apa-apa untuk orang lain, atau untuk Tuhan, mintalah Dia untuk mendedahkan sama ada dorongan anda bersikap mementingkan diri.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

Pelan yang Berkaitan