21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 9 DARIPADA 21

Kelaparan Rohani

Anda sentiasa perasan perubahan selera, kerana ia selalu menghasilkan sesuatu yang berbeza. Jika selera kita berubah daripada kehendak Allah kepada kehendak dunia, kelaparan itu menghasilkan kehendak dunia. Sebaliknya, jika selera kita berubah daripada kehendak dunia kepada kehendak Allah, kelaparan itu akan menghasilkan kehendak Allah.

Apakah yang terhasil dalam hidup anda sekarang ini? Apakah yang timbul daripada perjalanan, pertuturan, perbuatan, dorongan dan keghairahan sehari-hari anda? Jika anda menghasilkan kehendak dunia, selera anda telah berubah daripada kehendak Roh kepada kehendak dunia. Jika anda menghasilkan kehendak Roh, selera anda telah berubah daripada kehendak dunia kepada kehendak Roh.

Jika selera saya mengidamkan perkara seperti membaca Alkitab, berdoa, dan penyembahan, secara peribadi dan bersama, maka saya mengalami kelaparan yang betul. Walau bagaimanapun, jika saya tidak berselera untuk perkara tersebut, kelaparan saya mengidamkan perkara yang tidak betul.

Marilah kita melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kelaparan. Dalam Yohanes 6:25-70, Yesus memanggil diri-Nya Roti yang Memberikan Hidup. Apakah maksud ini? Murid-murid berasa keliru juga. Yesus memanggil diri-Nya sumber makanan rohani. Dia memberitahu kita bahawa semasa kita berasa lapar, dari segi rohani, kita boleh mendekati-Nya dan dipenuhi.

Dalam Yesaya 55:1-2, kita melihat analogi ini lagi. Orang yang haus dan lapar tetapi tidak mempunyai wang diberitahu bahawa mereka boleh minum dan makan. Jika mereka tidak mempunyai wang, bagaimanakah ini mungkin berlaku? Mereka haus dan lapar dari segi rohani – dan Kerajaan Allah tidak mengenakan bayaran!

Kita harus mencari kembali kelaparan kita akan roti rohani. Kita memerlukan selera untuk kehendak Allah. Kita harus berhenti berpuas hati dengan hal yang biasa. Kita harus merindukan makanan Firman, doa, dan penyembahan. Perut kita harus berkeroncong merindukan kehadiran-Nya. Apabila ini berlaku, jiwa kita akan dipuaskan, dan hidup kita akan berubah.

Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

Pelan yang Berkaitan