21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 12 DARIPADA 21

Tetaplah dalam Kasih Allah

Semalam, kita meminta Allah untuk menambahkan kasih kita terhadap Dia dan orang lain. Hari ini, kita belajar bagaimana tetap hidup dalam kasih yang telah bertambah ini.

Tetaplah bermaksud hidup dalam atau diam dalam, sebagaimana kita tinggal di dalam rumah kita. Ini merujuk kepada tempat kediaman kita. Tetap hidup dalam kasih bermakna kita ditemui mendiami kasih. Apabila kita harus ditemui, kita boleh ditemui dalam kasih, jika kita tetap hidup dalam kasih. Bab 15 Injil Yohanes menunjukkan banyak kebenaran yang berkuasa tentang maksud tetaplah dalam kasih.

Yohanes 15:7-9 berbincang tentang kuasa tetap hidup dalam kasih Allah. Petikan ini berkata bila kita tetap bersatu dengan Dia dan Firman-Nya disimpan dalam hati kita, kita boleh meminta apa-apa sahaja yang diingini dan ia akan diberikan kepada kita. Dia melakukan ini untuk kemuliaan-Nya! Dia suka melihat anak-anak-Nya makmur sebagai kesaksian tentang kuasa, kasih kurnia, dan belas kasihan-Nya.

Yohanes 15:26 bercakap tentang pekerjaan Roh Kudus. Melalui kelemahan dan kekurangan kita, Roh Kudus bersaksi tentang kebaikan Allah. Melalui pelengkapan Allah terhadap kita dan penerimaan diri kita yang tidak sempurna, kita memuliakan Dia.

Apabila kita tetap hidup dalam kasih-Nya, Roh Kudus datang dan menyertai kita, dan memenuhi kita sehingga kelimpahan. Tidak lama kemudian, kasih Allah akan bekerja dalam kita dan melalui kita sehinggakan perkara yang dahulunya menyandung kita, membuat kita terjaga, menghalang kita, dan membuat kita membenci, tidak dapat berbuat demikian lagi. Kita menjadi tidak dapat dikalahkan bila kita tetap hidup dalam kasih.

Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang...

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami