21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 17 DARIPADA 21

Api

Pembaptisan Roh Kudus tersedia untuk semua orang percaya walau apa pun denominasi mereka.

Di samping itu, pembaptisan dalam Roh Kudus adalah untuk anda sekarang ini. Dia mahu memenuhi anda dengan api-Nya. Dia mahu memperkasakan anda dengan hadirat-Nya yang bekerja dalam anda dan melalui anda.

Percayakah anda bahawa Dia ingin memenuhi anda dengan Roh-Nya? Percayakah anda bahawa Dia mahu memenuhi anda dengan api?

Dalam Kisah Rasul-rasul 2:1-4, kita melihat Roh Kudus menunjukkan diri kepada jemaat semasa mereka mula bercakap dalam bahasa roh.

Dalam Kisah Rasul-rasul 4:1-8, kita melihat Petrus, disertai oleh Yohanes, dipenjarakan semalaman dan dibicarakan oleh Hanas, imam agung, dan keluarganya. Semasa menghadapi situasi yang tertekan ini, dikatakan bahawa Petrus dipenuhi Roh Kudus!

Bagaimana kalau Allah ingin memenuhi kita dengan Roh Kudus demi kemuliaan-Nya di tengah-tengah kesukaran kita, tetapi kita tidak terbuka kepadanya? Apakah yang perlu berubah dalam hidup anda dan hati anda untuk membuka pintu bagi api Roh Kudus?

Dalam Matius 3:11-17, sejurus sebelum menceritakan pembaptisan Yesus oleh Yohanes Pembaptis, Yohanes bercakap tentang pembaptisan yang lebih berkuasa. Bukan pembaptisan air, tetapi pembaptisan Roh Kudus.

Kepercayaan yang diperlukan untuk dilahirkan semula ialah kepercayaan yang sama untuk dipenuhi Roh Kudus. Tuhan ingin membaptis anda dengan Roh Kudus dan api!

Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

Pelan yang Berkaitan