21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 20 DARIPADA 21

Iman dan Tindakan

Kelimpahan bertindak dengan iman di alam luar biasa. Kelimpahan memungkinkan hal yang mustahil. Inilah yang berlaku apabila kita mempercayai Allah dan berjalan dalam alam luar biasa.

Jika tidak beriman, kita tidak dapat menyenangkan hati Allah. Hubungan kita dengan Allah berasaskan iman. Apabila kita dilahirkan semula, tiada orang dapat membuktikan keselamatan kita dengan sesuatu yang diberikan oleh mereka kepada kita. Meskipun mereka memberikan kita sijil yang menyatakan keselamatan kita, itu tidak bermakna. Keselamatan kita terbukti oleh kepercayaan kita dalam Tuhan Yesus Kristus untuk mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada kedurjanaan kita. Sebagaimana kita mengerjakan iman untuk dilahirkan semula, kita terus hidup untuk Allah dengan beriman. Iman diperlukan untuk menjalinkan hubungan hari demi hari dengan Yesus Kristus. Iman diperlukan untuk berdoa, bersaksi, memberi, dan melayani. Segala sesuatu tentang hubungan kita dengan Allah berasaskan iman. Oleh itu, mustahil untuk menyenangkan hati-Nya tanpa iman.

Tidak percaya bahawa kita tidak dapat menyenangkan hati Allah tanpa iman? Lihatlah Ibrani 11:6. Iman kita ialah ramuan utama untuk menyenangkan hati Allah!

Seluruh Ibrani 11 merupakan petikan yang menakjubkan yang membincangkan iman melalui Firman Allah dan maksud sebenar iman. Daripada iman Nuh dan Abraham kepada iman Musa dan Yakub, petikan ini menerangkan beberapa cerita alkitabiah dan bagaimana mereka itu beriman.

Berita baiknya ialah kita semua beriman! Roma 12:3 membincangkannya. Kita harus mengerjakan iman dalam Allah dan mempercayai semua perbuatan-Nya.

Hampir setiap kali Yesus menegur murid-Nya, sebabnya ialah kekurangan iman. Demikianlah Allah memandang iman. Kekurangan iman membuat Dia menegur mereka. Kita harus hidup melalui iman, dan iman kita harus sentiasa bertumbuh. Oleh itu ujian dan dugaan melanda hidup kita. Inilah tujuan Allah membenarkan perkara yang hanya dapat dibetulkan oleh Dia. Semua ini meningkatkan iman kita. Ini membenarkan kuasa luar biasa Allah untuk dinyatakan dalam kita melalui cara yang lebih besar.

Banyak serangan yang dihadapi oleh anda tidak berkaitan dengan perkara yang diserang itu. Serangan itu tidak berkaitan dengan siapa anda itu. Serangan itu berkaitan dengan siapa yang anda jadi. Oleh itu, Iblis menyerang sekarang, anda supaya ia boleh menyerang masa depan anda. Ini merupakan serangan terhadap iman anda, untuk menghalang anda daripada takdir anda. Jika kita membenarkan iman kita untuk dirangsang dan dibina, kita boleh menangkis serangan dan menjamin masa depan kita.

Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

Pelan yang Berkaitan