21 Hari Sehingga KelimpahanSampel

21 Days to Overflow

HARI 16 DARIPADA 21

Pengurapan Roh Kudus

Kita bermula mengosongkan diri daripada perkara yang mencemari hidup kita dan perjalanan kita dengan Allah. Kemudian, kita memenuhi tempat yang telah dikosongkan itu dengan Peribadi dan hadirat Roh Kudus. Sekarang, kita belajar berjalan dalam gaya hidup yang sentiasa penuh dan kelimpahan dalam Roh Kudus. Ini bermula dengan penemuan, atau penemuan semula, bahawa Roh Kudus betul-betul ingin bersekutu dengan kita secara tetap. Hari ini, kita akan menyelami hal ini.

Sering kali dalam Perjanjian Lama, air mewakili hadirat dan kerja Roh Kudus. Semasa kita menggunakan simbolisme nubuatan ini dalam hidup kita, kita boleh melihat beberapa tahap pengurapan Roh Kudus yang kita boleh pilih. Bagi sesetengah daripada kita, kita menerapkan pengurapan ke paras buku lali sahaja. Sesetengah orang pula sedalam pinggang, yang lain lagi ke paras leher. Walau bagaimanapun, ada arus dalam sungai Allah yang menyebabkan kita tidak dapat berdiri sendiri; sebaliknya, kita boleh bergerak mengikut arus Allah.

Dalam 1 Yohanes 2:27, kita melihat rujukan pengurapan Roh.

Kita melihat rujukan pengurapan lagi dalam Yesaya 10:27, di tengah-tengah nubuatan tentang sisa Israel. Daripada petikan ini, kita boleh melihat bahawa pengurapan Roh berkuasa dan, seperti yang dinyatakan dalam ayat ini, boleh "memusnahkan kuk" dan beban.

Kita mesti membuat pengakuan di hadapan Allah bahawa kita ingin keluar daripada pengurapan paras buku lali dan pinggang. Kita perlu meminta Allah untuk menambahkan pengurapan kita sehinggakan kita hanya dapat berenang dalamnya – untuk pengurapan sepenuh Roh Kudus.

Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

21 Days to Overflow

Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!

More

Kami bersyukur kepada Four Rivers Media kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theartofleadership.com/

Pelan yang Berkaitan