21 Hari Sehingga KelimpahanSampel
Mimpi dan Penglihatan
Bagaimana kita menanggap suara Allah? Pertama, Dia berbicara melalui Firman-Nya, Alkitab. Bila-bila Dia bercakap melalui apa cara pun, kata-kata-Nya selalu selaras dengan Firman-Nya.
Dia berbicara kepada kita dalam doa.
Dia berbicara kepada kita melalui orang percaya yang lain, pemimpin kita, dan nabi.
Dia berbicara melalui penglihatan dan mimpi.
Dalam Yoel 2:28-29, di tengah-tengah nubuatannya tentang Hari Tuhan, ia menulis tentang pencurahan Roh Kudus pada akhir zaman. Ia berkata "anak lelaki dan anak perempuan kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku; orang tua kamu akan bermimpi, dan orang muda kamu akan nampak penglihatan".
Kita tidak tahu bila zaman akan berakhir, tetapi mengetahui tentang nubuatan ini, kita harus bersedia untuk mengalami mimpi dan penglihatan tersebut – dan mendengarnya bila ia berlaku.
Dalam Bilangan 12:6, kita melihat Tuhan mengesahkan kebenaran mimpi dan penglihatan yang diberikan kepada nabi yang diutus-Nya.
Apabila kita bermimpi atau melihat penglihatan, perkara pertama yang harus diperiksa ialah menanya Allah, "Adakah ini daripada-Mu?" Setelah kita menentukan melalui Firman-Nya dan hadirat-Nya yang nyata bahawa ini adalah daripada-Nya, kita mesti bertanya, "Apakah yang harus saya lakukan dengannya?" Pasti ada sebabnya Dia telah memberikannya kepada kita, maka, kita mesti mendapat tahu sebabnya.
Saya percaya kita sedang hidup pada akhir zaman, dan Allah telah berjanji bahawa Dia akan berbicara kepada kita dalam mimpi dan penglihatan pada akhir zaman. Kita harus menjangka Dia untuk berbicara kepada kita melalui cara ini dan dengar baik-baik bila Dia berbicara.
Perihal Pelan
Dalam pelan YouVersion 21 Hari Sehingga Kelimpahan ini, Jeremiah Hosford akan membawa pembaca untuk perjalanan 3 minggu untuk mengosongkan diri daripada diri sendiri, dipenuhi dengan Roh Kudus, dan menjalankan hidup yang dipenuhi Roh dan kelimpahan. Sudah tiba masanya untuk berhenti hidup secara biasa dan mula menjalankan hidup yang kelimpahan!
More