Kenapa Kesakitan?Sampel

Kenapa Kesakitan?

HARI 1 DARIPADA 3

Kesakitan dan Kamu

Mengapakah kita perlu mengalami kesakitan? Sebelum persoalan ini ditimbulkan, mengapakah Tuhan membenarkan kita mengalami kesakitan? Apakah yang telah saya lakukan sehingga ditimpa kesakitan begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jawapannya akan mengejutkan kamu. Tuhan mungkin menggunakan kesakitan untuk menyediakan anda untuk kebesaran. Bagaimanakah emas menjadi berharga dan bernilai? Setelah emas ditulenkan dalam relau api yang panas dan berbara. Kamu tidak dapat menghasilkan emas tulen tanpa haba tetapi emas yang keluar daripada relau api itu sangat tulen sekali. Mustahil mendapat emas tulen tanpa mencurahkannya ke dalam api. Dengan cara yang sama, Tuhan menggunakan kesakitan dalam kehidupan kita seperti api untuk menghasilkan nilai dalam diri kita.

Kesakitan tidak dapat dielakkan dan tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa. Seseorang yang menderita perlu menanggung kesakitan itu seorang diri. Ini sebahagian penting daripada kehidupan seseorang yang tidak boleh dielakkan. Namun, kita perlu belajar cara menerima sesuatu yang tidak menyenangkan dan mendapat kemenangan menerusi pengalaman itu.

Penyakit sudah menjadi biasa kepada saya kerana 70 peratus daripada kehidupan saya telah dihabiskan dalam hospital dengan rawatan ubat. Saya tertanya-tanya kenapa kesemua ini terjadi kepada saya. Berbagai-bagai jenis soalan telah timbul. Apa yang paling melukai hati ialah cara saya dihakimi oleh orang ramai apabila mereka berkata Tuhan rasa murka dan memberi ajaran kepada saya supaya tidak melakukan perkara yang jahat lagi. Mereka telah membuat kesimpulan bahawa saya melakukan dosa dan membuat banyak lagi tuduhan. Saya rasa terkutuk. Akan tetapi, saya telah menemui pendapat yang amat berbeza sekali apabila saya mula membaca dan meneliti ayat-ayat Alkitab. Saya telah menerima harapan dan kefahaman bahawa Tuhan tidak membenarkan kita mengalami kesakitan untuk memusnahkan atau mengalahkan kita. Di sebaliknya, Tuhan mempersiapkan kita untuk sesuatu yang lebih besar.

Seseorang yang bercita-cita menjadi seorang ahli bina badan tidak akan mencapai matlamatnya jika dia tidak dapat menerima kesakitan semasa menjalankan latihan membina badan. Dengan cara yang sama, Tuhan mengizinkan kesakitan untuk membentuk dan melatih kamu supaya menjadi bekas yang berguna.

Seorang tukang periuk memilih ketulan tanah liat daripada longgokan tanah liat atas lantai. Dia tahu apa yang akan dibentuknya, sebuah bekas yang berguna untuk sesuatu akhirnya. Tanah liat memberi kerjasama kepada tukang periuk dan mengalami kesakitan ketika dikerjakan oleh tukang itu sehingga menjadi sesuatu yang bernilai. Dengan cara yang sama, kita perlu memberi kerjasama kepada Tuhan. Jika kita mengelakkan kesakitan, kita tidak akan mencapai apa-apa. Kita hanya menjadi seorang lelaki atau perempuan yang turun ke standard yang lebih rendah dan tidak tergolong dalam kerajaan Tuhan.

Ingatlah, kesakitan bukannya untuk memusnahkan seseorang. Sebaliknya, kesakitan membina watak yang menyerupai perwatakan Kristus dalam diri kamu. Seterusnya, ini membantu kamu tumbuh dalam perwatakan Kristus sampai penghembusan nafas kamu yang terakhir. Oleh itu, terimalah kesakitan yang dialami dan muliakan Tuhan semasa mengalami kesakitan itu. Ingatlah, tidak ada faedah yang diperoleh tanpa kesusahan dan kesakitan.

Hari 2

Perihal Pelan

Kenapa Kesakitan?

Apa yang kamu sedang bergelutan pada hari ini akan menjadi apa yang akan digunakan oleh Tuhan pada hari esok. Kamu akan belajar kenapa Tuhan membenarkan kita mengalami kesakitan dan penderitaan dalam hidup kita. Ini akan mengambil masa selama sepuluh minit setiap hari dalam tempoh tiga hari sahaja semasa waktu peribadi kamu bersama Tuhan dan Firman-Nya. Mari sertai rancangan ini untuk mengetahui rancangan-rancangn lain yang tersembunyi di sebalik kesakitan yang dialami.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Evans Francis kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.evansfrancis.org/

Pelan yang Berkaitan