Kenapa Kesakitan?Sampel

Kenapa Kesakitan?

HARI 2 DARIPADA 3

Mungkinkah Kesakitan Memuliakan Tuhan?

Kamu tidak boleh melepaskan diri daripada kesakitan. Ini bukan soal sama ada kamu ataupun seorang yang sangat rapat kepada kamu yang akan mengalami kesakitan. Soalnya, bila kesakitan akan berlaku dan betapa banyak kesakitan yang akan dialami. Kamu seolah-olah melangkah keluar dari ribut atau menuju ke arah ribut.

Tuhan kadangkala membenarkan kita mengalami kesakitan, penderitaan atau cubaan supaya nama-Nya dimuliakan. Sadrakh, Mesakh, Abednego dan Daniel telah berdiri teguh dalam iman. Mereka tidak mengeluh sewaktu cubaan tetapi meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan yang hidup. Oleh kerana itu, kamu dapat menyaksikan bagaimana Tuhan telah memberkati dan menghormati keempat-empat mereka di depan khalayak ramai.

Adakah kamu berfikir bahawa Tuhan tidak dapat membantu bani Israel melepaskan diri dari negeri Mesir selepas azab atau tulah yang pertama berlaku? Mengapakah Tuhan membenarkan mereka melalui sebanyak sepuluh azab? Sudah tentu Tuhan mampu menyingkirkan sepuluh azab tersebut. Adakah Tuhan berbuat demikian? Tidak. Kenapa? Tuhan hanya mahu menunjukkan kuasa-Nya supaya nama-Nya dimuliakan. Memang suatu mukjizat telah berlaku apabila Tuhan menyelamatkan bani Israel daripada setiap daripada sepuluh azab yang berlaku. Malah, Tuhan mahu menunjukkan lebih kuasa-Nya. Mukjizat terakhir telah berlaku apabila Tuhan membelahkan Laut Merah untuk menunjukkan betapa luar biasanya tangan Tuhan ke atas mereka yang ingin diselamatkan-Nya dan penghakiman yang jatuh ke atas mereka yang ingin dihukum-Nya. Pada masa yang sama, pengerasan hati Firaun, raja Mesir turut terlibat dalam proses ini.

Kita membaca kisah kebangkitan Lazarus daripada kematian dalam kitab Injil Yohanes bab ke-11. Apabila Yesus mendapat berita bahawa rakan baiknya, Lazarus jatuh sakit, Dia berkata, “Hal ini berlaku untuk kemuliaan Tuhan.” Kita dapat memerhatikan dalam keempat-empat kitab Injil bahawa Yesus sentiasa rela menghulurkan tangan-Nya pada mereka yang sakit, malah mereka yang meninggal dunia. Contoh-contoh yang lain ialah anak perempuan Yairus dan anak lelaki seorang balu dari bandar Nain. Namun, dalam contoh Lazarus, Yesus sengaja menangguhkan ketibaan-Nya selama empat hari supaya nama Tuhan akan dimuliakan melalui mukjizat yang menakjubkan ini. Yesus telah mengubah suatu kematian yang sangat sedih kepada kehidupan. Tuhan boleh melakukan kerja-Nya masa kini seperti mana Dia telah melakukan kerja-Nya melalui Daniel bersama tiga rakannya dan Lazarus. Dia tahu masa yang tepat dan membuat segala sesuatu indah pada waktu-Nya.

Kamu juga mungkin sedang mengalami masalah serius yang kamu rasa tidak sepatutnya menanggung. Namun, saya mahu memberitahu saudara dan saudari yang dikasihi, supaya membenarkan Tuhan melakukan kerja-Nya dan apabila selesai, kamu akan berasa kagum dengan pelaksanaan tangan Tuhan.

Sama ada diberkati atau semasa menghadapi krisis, kamu yang tahu berasa cukup dalam keadaan apa pun adalah kaya. Belajarlah menaruh kepercayaan kepada Tuhan tidak kira apa pun yang terjadi. Tiada mudarat walaupun diuji dengan api atau berhadapan dengan singa di dunia ini, malah kematian pun, sekiranya kamu menaruh kepercayaan kepada Tuhan dan membenarkan Tuhan melakukan kerja-Nya melalui kamu. Pencipta kamu akan sentiasa menjaga kamu dengan selamat dan nama-Nya akan dimuliakan demi pengembangan kerajaan Tuhan.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Kenapa Kesakitan?

Apa yang kamu sedang bergelutan pada hari ini akan menjadi apa yang akan digunakan oleh Tuhan pada hari esok. Kamu akan belajar kenapa Tuhan membenarkan kita mengalami kesakitan dan penderitaan dalam hidup kita. Ini akan mengambil masa selama sepuluh minit setiap hari dalam tempoh tiga hari sahaja semasa waktu peribadi kamu bersama Tuhan dan Firman-Nya. Mari sertai rancangan ini untuk mengetahui rancangan-rancangn lain yang tersembunyi di sebalik kesakitan yang dialami.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Evans Francis kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.evansfrancis.org/

Pelan yang Berkaitan