Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru AndaSampel
HARI 3 – MELEPASKAN DIRI
Saya beruntung kerana dapat melawat kota purba Filipi di Greece. Di sinilah rasul Paulus mengasaskan gereja Kristian yang pertama di Eropah. Di sini jugalah orang pertama menjadi pengikut Kristus di Eropah. Namanya ialah Lidia dan ia telah diselamatkan lalu dibaptis. Sebenarnya saya berpeluang mengunjungi tempat pembaptisannya di sungai Gangites.
Paulus mengunjungi Filipi sekurang-kurangnya dua kali lagi. Dari Roma, Paulus menulis kitab Filipi kepada gereja ini. Kitab ini mengandungi beberapa petikan yang paling terkenal dalam Alkitab (1:6, 2:5-11, 3:12-14, 4:13). Sukacita Paulus terhadap gereja ini adalah nyata dalam surat ini dan dalam surat ini ia menggalakkan mereka untuk menjalankan hidup Kristian yang dipenuhi dengan kemenangan.
Di Filipi jugalah Paulus dan Silas dipukul dan ditahan. Saya melihat penjara di mana mereka dipenjarakan. Paulus telah menghalau roh jahat yang membolehkan perempuan yang dirasuk itu untuk meramalkan peristiwa yang akan datang. Walau bagaimanapun, apabila pemilik perempuan itu menyedari bahawa mereka tidak dapat menggunakan perempuan itu untuk mendatangkan keuntungan lagi, mereka menyeret Paulus dan Silas ke hadapan pihak berkuasa dan menuduh mereka membuat kacau.
Pada tengah malam, Paulus dan Silas sedang berdoa dan menyanyikan pujian apabila Kitab Rasul-rasul 16:26 mengatakan, “Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat sekali, sehingga asas penjara itu bergoncang. Semua pintu penjara terbuka dan rantai yang membelenggu semua orang tahanan pun terlepas.” Gempa bumi yang kecil berlaku di tempat itu sahaja. Kuasa Allah telah membebaskan mereka dari penjara!
Apabila ini berlaku, ketua penjara itu menghunus pedang untuk membunuh diri kerana semua banduan akan melepaskan diri. Namun, Paulus menghalangnya dan ketua penjara itu berkata kepada Paulus, "Tuan-tuan, apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?” Paulus menjawab, “Percayalah kepada Tuhan Yesus, lalu kamu akan diselamatkan.”
Kuasa Allah yang sama tersedia hari ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Orang yang dipenjarakan masih diselamatkan. Sebenarnya, ada pergerakan lelaki yang besar, yang dilatih untuk pelayanan semasa dipenjarakan.
Allah masih membebaskan orang daripada pelbagai belenggu. Hari ini, banyak orang ketagihan sesuatu yang membelenggu mereka. Mungkinlah alkohol atau dadah. Mungkinlah pornografi atau keborosan. Walau apa pun ketagihan itu, Allah boleh membebaskan anda. Saya tahu banyak cerita tentang orang yang telah diselamatkan dan dibebaskan serta-merta daripada belenggu mereka.
Kuasa Allah adalah benar. Kuasa Allah tersedia untuk semua orang. Meskipun anda telah dibelenggu bertahun-tahun lamanya, Allah boleh membebaskan anda. Apa yang telah Allah lakukan untuk Paulus dan Silas, Dia akan lakukan untuk anda.
Perihal Pelan
Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda. Pelan ini akan berkongsi dorongan dan inspirasi yang anda perlukan untuk menjalani tahun yang terbaik setakat ini.
More