Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru AndaSampel

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

HARI 4 DARIPADA 5

HARI 4 – SEBELAH B HIDUP

Dewasa ini kita kerap mendengar penstriman muzik melalui fon putik. Segala sesuatu berformat digital. Dulu ada pita kaset, kartrij 8 trek, dan piring hitam. Walau bagaimanapun, hanya piring hitam mempunyai lebih daripada sejenis rakaman.

Mungkin anda tidak cukup tua untuk mengingati zaman lagu dimainkan pada pemain piring hitam 45 putaran per minit. Dalam zaman digital ini, mungkinlah susah untuk mempercayai bahawa dulu ada piring hitam kecil yang mempunyai dua lagu. Lagu pertama di sebelah A dan satu lagi di sebelah B.

Sebuah album terdiri daripada 10 atau 12 lagu pada piring hitam 33 atau piring hitam LP tetapi rakaman satu lagu tunggal dijual sebagai piring hitam 45. Kedua-dua jenis piring hitam boleh dimainkan dengan piring putar, tetapi anda memerlukan penyesuai untuk 45 kerana lubang pada piring hitam itu adalah lebih besar daripada saiz album.

Lagu yang syarikat rakaman rasa akan laris ditempatkan di sebelah A dan pada dasarnya, lagu yang satu lagi di sebelah B tidak penting. Walau bagaimanapun, ada kalanya lagu yang laris akhirnya terletak di sebelah B.

Beberapa lagu terlaris merupakan rakaman "sebelah B". “I Saw Her Standing There” oleh Beatles, “We Will Rock You” oleh Queen, “Hound Dog” oleh Elvis Presley, “Super Freak” oleh Rick James, dan “You Can’t Always Get What You Want” oleh Rolling Stones.

Kisah Rasul-rasul 16:6-7 memberitahu kita, “Kerana Roh Allah tidak membenarkan mereka memberitakan firman Allah di wilayah Asia, mereka menjelajah daerah Frigia dan Galatia. Apabila mereka tiba di perbatasan Misia, mereka mencuba masuk ke wilayah Bitinia, tetapi Roh Yesus tidak membenarkan mereka.”

Allah menghalang sebelah A Paulus - yang dirasakan akan berjaya dan ia pergi ke sebelah B di Makedonia pada akhirnya. Namun, itu mengubah sejarah. KeKristianan bersebar daripada Asia ke Eropah. Gereja dibangunkan di Eropah kemudian bersebar ke seluruh dunia.

Ini tidak mungkin berlaku melainkan Paulus memberikan respons bersemangat dan positif terhadap perubahan rancangannya. Ia mungkin marah Allah atau mengasihani dirinya. Ia mungkin pergi ke Eropah dengan berat hati tetapi tidak bekerja sepenuh hati. Sebaliknya, ia menubuhkan Gereja di banyak kota.

Anda mungkin menghadapi situasi yang tidak dirancang seperti Paulus. Situasi ini mungkinlah amat berbeza daripada tanggapan anda. Namun, Allah boleh menggunakan situasi ini untuk membawa kejayaan yang lebih besar dan kesan yang lebih mendalam daripada yang mungkin anda mimpikan.

Anda tidak mungkin tahu apa yang akan dilakukan oleh Allah di sebelah B anda.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda. Pelan ini akan berkongsi dorongan dan inspirasi yang anda perlukan untuk menjalani tahun yang terbaik setakat ini.

More

Kami berterima kasih kepada The Fedd Agency kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.rickmcdaniel.com/thisisliving.html

Pelan yang Berkaitan