Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel
Menanam dan Memelihara Taman Anda
BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 4:15-16.
Mengikut Paulus, bagaimanakah sepatutnya pertumbuhan kita, dan kenapa?
MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.
Efesus 4:15
"Sebaliknya, kita harus mengatakan perkara-perkara benar dengan hati yang penuh kasih, sehingga kita menjadi matang dalam segala hal dan menjadi seperti Kristus, iaitu kepala jemaah."
MENJIRAM BENIH
Ketika kita menjadikan firman Allah amalan kita, kita akan menjadi dewasa. Kita tidak lagi dilambung gelombang atau ditiup angin. Langkah kita menjadi lebih kukuh, tidak kira keadaan cuaca. Kita mencapai ini kerana menjadikan firmanNya sebagai amalan kita setiap hari. Ketika kita menanam benih dan menjiramnya, Allah akan menjadikannya tumbuh, dan kita akan berbuahkan hasil kesolehan.
Berlatihlah hari ini. Biarkan "bercakap dari hati yang penuh kasih" terhadap setiap orang, suatu amalan anda. Suatu masa nanti anda akan diuji. Apakah anda akan bersedia dan tetap mengatakan perkara yang benar dari hati yang penuh kasih? Kita perlu saling membantu umat Kristian tumbuh. Namun bantuan ini mesti dari hati yang penuh kasih! Kasihilah seperti anda ingin dikasihi. Berdoalah Tuhan memberi anda peluang istimewa untuk menjadi Kristus, terhadap suamimu, anakmu, atau pekerja di kedai itu (Matius 22:39, Efesus 5:1-2).
BERBUAH
Mengatakan yang benar dari hati yang penuh kasih.
BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.

Kitab
Perihal Pelan
Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.
More
Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org