Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 22 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 4:17-24.
Perhatilah perkataan Paulus. Perjalanan Kristian kita merupakan usaha harian yang bersengaja dan berfokus untuk berjalan di dalam cahaya. Apakah pelajaran anda tentang jalan orang tidak beriman, yang sia-sia dan tidak berharapan?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 4:23-24
"Hati dan fikiran kamu haruslah dibaharui seluruhnya. Hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah. Dengan demikian orang dapat melihat bahawa kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci."

MENJIRAM BENIH
Adakah sikap tidak peduli dalam hati anda? Apakah kasih anda sudah dingin? Anda masih yakin dalam kebenaran Tuhan dan rasa "beriman", tetapi anda sedar bahawa keinginan anda untuk berada di dalam firmanNya sudah kurang. Kasihan anda terhadap orang lain sudah kurang dan tumpuan anda berubah dari Kristus kepada diri sendiri.

Berpalinglah kepada Kristus. Akui kedegilan hatimu. Minta bantuanNya. MintaNya memulihkan anda kembali dalam kasihNya dan mintaNya mengasihanimu.

Apakah corak fikiran anda yang perlu diubah? Di mana fikiran anda yang sia-sia? Telitikan fikiran anda hari ini (Roma 12:2). Ketika anda berfikir fikiran yang sia-sia, berhenti, tuliskannya, dan gantikannya dengan suatu kebenaran. Ketika anda berfikir sesuatu yang kritikal terhadap seseorang, berhenti dan gantikannya dengan fikiran berkasih. Ketika anda bermula khuatir, berhenti dan pakaikan manusia yang baru. Pakaikan kebenaran dan cari ayat Alkitab yang tepat menentang kekhuatiran itu. Fikiran kita sangat mempengaruhi tindakan kita. Perjuangan pertama yang perlu dimenangi, dengan bantuan Kristus, adalah perjuangan dalam fikiran. Berjuanglah dengan bantuan kasih kurniaNya dan Roh Suci.

BERBUAH
Diperbaharui di dalam roh.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 21Hari 23

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan