Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 33 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 6:10-12.
Baca petikan ini, bersama berdoa. Mungkin anda biasa membacanya. Namun demikian, baca perlahan-lahan dan senaraikan jenis perlengkapan senjata yang dikurniakan Tuhan kepada anda. Dia tidak membiarkan kita keseorangan - Dia terus bersama kita.

Apakah respons anda ketika ketakutan? Ketika marah? Ketika tergoda? Ketika musuh kita berkeliaran? Bagaimanakah kita berjuang dengan kekuatanNya dan bukan kekuatan sendiri? Paulus cuba mengajar kita caranya. Beliau menggunakan perumpamaan untuk membantu kita memakai Kristus dan kekuatanNya. Kita dipesan memakai:
Tali Pinggang Kebenaran
Perisai Dada Ketulusan Keadilan
Berita Baik Kesejahteraan
Perisai Iman
Topi Besi Keselamatan
Pedang Roh
Dan berdoa pada segala masa!

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 6:11
"Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat."

MENJIRAM BENIH
Berdiri teguh, jangan berserah kepada perasaan anda. Jangan tertipu oleh fikiran yang salah. Berhenti sebentar sebelum bertindak. Pakaikan perlengkapan senjata. Jangan masuk pertempuran tanpa persediaan, peralatan, atau latihan. Bijaksanalah menggunakan segala yang dikurniakan Tuhan kepada anda. "Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia!" Kita kerap berasa seperti mangsa ketika diserang musuh. Hakikatnya kita memang di dalam peperangan, di medan perang. Apakah maksud ini? Bayangkan. Apakah perubahan yang perlu dibuat kepada fikiran anda? Apakah Tuhan mendedahkan rintangan di dalam hati anda terhadap idea hidup untuk Tuhan dan bukannya untuk diri sendiri, atau terhadap idea masuk peperangan? 2 Timotius 2:3-4 berkata, "Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia. Seorang askar yang sedang bertugas ingin menyenangkan hati komandannya. Dia tidak membabitkan diri dengan urusan orang awam."

BERBUAH
Bertahan melawan Iblis.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 32Hari 34

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan