Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 24 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 4:29-32.
Ketika anda berusaha mengikuti arahan Allah di dalam firmanNya dengan segala hati, segala jiwa, segala fikiran, dan segala kekuatan anda, mintalah Tuhan membantu anda mematuhi arahan Paulus dalam petikan ini. Mengikut beliau, apa harus kita elakkan? Apa harus kita lakukan?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 4:29
"Janganlah gunakan kata-kata kotor dalam percakapan kamu. Gunakanlah kata-kata yang membina dan memberikan pertolongan, supaya apa yang kamu katakan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang mendengarnya."

MENJIRAM BENIH
Kita tidak harus mengeluarkan perkataan yang "kotor" atau tidak bernilai, tetapi hanya yang berguna, baik, dan yang perlu, agar perkataan kita menjadi berkat kepada orang lain. Tanya diri sendiri sebelum bercakap: Apakah ini membangunkan? Apakah ini memuliakan Allah? Apakah ini membantu seseorang lebih mendekati Tuhan? Sekiranya anda ingin ketahui apa yang di dalam hati anda, dengarlah apa yang keluar dari mulut anda (Matius 12:33-37).

Beberapa hari dahulu saya menyuruh anda meneliti fikiran anda. Hari ini, telitikan perkataan anda. Apakah mereka membangunkan? Apakah mereka membinasakan? Apakah mereka membawa keterangan? Apakah mereka membawa hari mendung? Jujurlah. Hari ini, minta Tuhan membantu anda mengenali sesuatu sikap atau kelakuan seseorang ahli keluarga yang memuliakan Allah. Cari sesuatu ayat Alkitab yang akan menggalakkannya dalam hal ini. Gunakan ayat itu dan tulis nota kepadanya - nota kertas mahupun e-mel. Terus cari jalan memberi kasih kurnia kepada pendengar anda.

BERBUAH
Memberi kasih kurnia.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: http://www.thistlebend.org/

Pelan yang Berkaitan