Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel
Menanam dan Memelihara Taman Anda
BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 5:1-2.
Ini suatu petikan kegemaran saya. Ringkas sekali. Rendahkan diri dan tunduk di depan Tuhan, dan minta Dia membawa hakikat ini ke hati, fikiran, dan kehidupan anda. Benarkan Tuhan melakukan segala yang perlu untuk membantu anda hidup dalam kasih sebagai anakNya yang dikasihi. Berdoalah sekarang. Gunakan petikan ini sebagai panduan.
"Tuhan, aku tidak ingin mengejar kehendak dan nafsu sendiri. Aku tidak ingin mengikuti jalan sendiri atau jalan dunia sekeliling. Sukar sekali ketika orang di sekitar saya bergosip, menghakimi, atau tertumpu kepada hal-hal keduniaan. Aku perlu bantuanMu. Aku ingin sepertiMu. Aku ingin menurut contohMu sebagai anakMu yang dikasihi. Aku ingin hidup dalam kasih, sama seperti Yesus, yang mengasihiMu dan orang lain melebihi kasihNya terhadap diri sendiri. Tuhan, bantulah aku hidup dalam kasih, sama seperti Yesus mengasihiku dan menyerahkan diriNya untukku (Galatia 2:20)."
MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.
Efesus 5:2
"Hidup kamu harus dijiwai oleh kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita. Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita, sebagai suatu persembahan yang harum dan korban yang menyenangkan hati Allah."
MENJIRAM BENIH
Kita diminta menunjukkan kasih kita, sebagaimana Kristus menunjukkan kasihNya, dan mempersembahkan diri sebagai korban - korban hidup, mengikut Roma 12:1. Sudahkah anda berbuat begini? Sudikah anda berbuat begini hari ini? Jikalau bukan hari ini, sudikah anda berdoa tentang hal ini sehingga anda berbuat begini? Jangan tunggu terlalu lama. Ingatlah, dalam Kristus, Allah telah mengurniakan segala keperluan anda untuk mengikuti arahanNya. Ini bukan sahaja arahan, ia juga contoh Yesus dan Paulus. Sekiranya kita ingin belajar tentang kasih kita perlu memandang kepada salib Kristus (1 Yohanes 4:10-11). Arahan ini bukan untuk golongan "elit" rohani kerana memang tiada golongan elit rohani. Kita mematuhi, atau tidak. (1 Korintus 13 boleh membantu anda menguji hati anda.)
BERBUAH
Kasih sebagaimana Kristus mengasihi kita.
BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.

Kitab
Perihal Pelan
Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.
More
We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: http://www.thistlebend.org/