Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 12 DARIPADA 15

DOA:

Allah, berikan saya mata untuk memandang dunia ini sebagaimana Engkau memandangnya dan untuk memandang orang lain sebagaimana Engkau memandang mereka. 



BACAAN
:

Jika anda ialah ibu bapa, atau, jika anda pernah menjadi anak, anda mungkin mempunyai pengalaman membuat susu coklat. Jadi, anda tahu bila anda mula mengacau susu dan ia berubah daripada putih kepada perang, itu bukanlah kejadian yang ajaib. Ini disebabkan sudah ada sirap coklat di bahagian bawah gelas. Setiap unsur yang diperlukan untuk mengubah susu itu kepada susu coklat sudah ada, cuma perlu dikacau untuk membawa perubahan itu.


Penulis kitab Ibrani mengatakan sesuatu yang sama tentang kehidupan seseorang pengikut Yesus. Kita memiliki potensi dan kuasa untuk "mengasihi satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik." Walau bagaimanapun, ada kalanya potensi itu kekal dorman. Ia memendap di bawah dan tidak meletus ke dunia ini yang amat memerlukannya. Ia memerlukan seseorang, ataupun sekumpulan orang, untuk datang dan mengacaunya. 


Ini merupakan salah satu kurnia terpenting yang boleh diberikan oleh pengikut Yesus kepada satu sama lain. Mereka boleh menjadi pejuang, enggan membiarkan kasih terpendam di bahagian bawah hidup mereka. Mereka boleh berada di sisi satu sama lain dan membangkitkan kasih untuk bertindak melalui dorongan, akauntabiliti, dan sokongan.


Kita perlu mengutamakan hubungan seperti ini dalam hidup kita. Kita harus memberikan orang lain kebenaran untuk mengucapkan kebenaran terhadap kita, meskipun kenyataan pahit—walaupun, mengganggu fikiran. Kita akan kerap mendapati bahawa kerunsingan adalah apa yang diperlukan untuk menemui kasih dan tujuan hidup yang lebih besar.


RENUNGAN:

Mengutamakan hubungan yang sihat yang mengasah kita melibatkan kesengajaan dan kelemahan. Pertimbangkan dengan berdoa orang dalam hidup anda—keluarga, kawan, rakan sekerja. Siapakah orang yang paling selamat? Orang yang paling selamat tidak semestinya orang yang rapat dengan anda, tetapi anda ingin lebih mengenal mereka kerana itu memanfaatkan anda. Apakah yang akan berlaku jika anda memberikan orang yang selamat ini kebenaran untuk mengucapkan kebenaran terhadap hidup anda secara mendalam? Pertimbangkan untuk menjemput mereka untuk berjalan lebih rapat dengan anda dan untuk lebih mengenali anda yang seadanya, tanpa kepura-puraan. 


Mintalah Roh Kudus untuk menunjukkan orang yang Dia ingin libatkan dalam hidup anda dengan lebih dekat. Jangkaulah mereka itu.


Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

Pelan yang Berkaitan