Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 14 DARIPADA 15

DOA:

Allah, Engkau telah mencipta saya dengan suatu tujuan. Tolonglah saya untuk hidup memikirkan tujuan itu. Bukalah mata saya kepada cara saya boleh mengasihi orang lain dengan baik dan mengarahkan mereka kepada-Mu.




BACAAN: 

Allah telah mencipta kita dengan sengaja—untuk suatu tujuan. Percaya tak, Dia sudah menyediakan cara anda boleh menunjukkan dan berkongsi kasih Allah dengan orang lain. (Dan jika anda tertanya-tanya, Dia tahu tempat kerja anda!)


Banyak pengikut Yesus menjalankan hidup yang amat berpetak, terutamanya berkaitan kehidupan bekerja dan iman mereka. Namun, bagaimana kalau kerja anda ialah salah satu cara utama Allah ingin mengembangkan iman anda? 


Tahukah anda bahawa orang yang biasa menghabiskan kira-kira 90,000 jam—lebih kurang satu pertiga daripada zaman dewasa mereka—di tempat kerja? Jika iman kita tidak berbicara terhadap kehidupan bekerja kita, maka ia tidak berbicara terhadap sebahagian besar masa kita. Allah amat mengambil berat terhadap kerja kita dan bagaimana kita sebagai pengikut Yesus mendekati kerja kita. 


Gereja tidak selalu melakukan kerja yang baik untuk membantu orang menemui makna dan tujuan kerja mereka. Sebenarnya, sesetengah khutbah memberikan anda tanggapan bahawa satu-satunya cara untuk melayani Allah ialah meninggalkan kerja anda dan bekerja di gereja. Walau bagaimanapun, ini tidaklah benar. 


Reformis gereja Martin Luther menulis, “Tukang kasut Kristian tidak melaksanakan tugasnya dengan meletakkan salib kecil di kasut, tetapi dengan menghasilkan kasut yang baik, kerana Allah berminat dengan ketukangan yang baik.”


Dorothy Sayers, seorang aktivis dan penulis, mengungkapkan pandangan yang serupa semasa ia menulis, "Pendekatan gereja terhadap tukang kayu yang bijak biasanya terbatas kepada gesaan agar ia tidak mabuk dan berkelakuan tidak senonoh pada masa lapangnya dan untuk datang ke gereja pada hari Ahad. Gereja seharusnya memberitahunya: tuntutan pertama agamanya terhadapnya ialah ia harus menghasilkan meja yang baik.”


Sebenarnya, setiap pekerjaan menyumbang dari sesetengah segi kepada kesejahteraan keseluruhan orang lain. Oleh itu, kerja kita merupakan salah satu cara Allah memberikan kasih dan penjagaan-Nya terhadap ciptaan-Nya. Demi melayani Allah dengan kerja anda, anda tidak perlu menghentikan kerja anda dan bekerja di gereja—anda boleh melayani Allah di tempat kerja dengan peralihan yang mudah dalam perspektif anda. Anda mungkin perlu memandang kerja anda melalui kanta kesan positif terhadap orang lain. Barangkali anda perlu memperbaharui komitmen anda terhadap kerja yang berkualiti dengan integriti. Ataupun, mungkin anda perlu menyedari bahawa Allah telah menempatkan anda di kedudukan anda kerana sebab tertentu dan "menyediakan anda untuk pekerjaan baik" di tempat anda menghabiskan 40 jam setiap minggu.


RENUNGAN:

Yang berikut ialah beberapa soalan untuk menanya diri semasa anda merenungkan persilangan hidup dan kerja anda:

• Dari segi apakah kerja anda melayani orang lain?

• Apakah rupa menumpukan perhatian pada melayani orang lain melalui kerja anda?

• Bagaimanakah anda mempengaruhi budaya tempat kerja anda secara positif?

Luangkan masa untuk mencatatkan jawapan anda dalam jurnal. Soalan ini mungkin mudah, tetapi janganlah tergesa-gesa menjawabnya. Jemputlah Allah untuk berbual dengan berdoa sementara anda mencatatkan fikiran anda. Mintalah Roh Kudus untuk menyedarkan anda akan kehadiran-Nya dan untuk memimpin anda semasa waktu bekerja anda. Pertimbangkan untuk menanya Allah, "Kepada siapakah Engkau mahu saya tunjukkan kasih-Mu hari ini?" sebagai amalan harian. Kemudian, bersiap sedia untuk memberikan respons terhadap pimpinan-Nya. 


Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

Pelan yang Berkaitan