Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 12 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 2:8-10.
Petikan ini mengajar kita bahawa penyelamatan kita adalah pemberian Allah. Sudahkah anda menerimanya segenapnya, dengan hati bersyukur? Ada kala anda akan berasa tidak layak pemberian ini, atau ada kala anda tidak mengambil berat terhadapnya. Baca ayat 8, perlahan-lahan. Bagaimanakah anda menerima kurnia penyelamatan ini?

Ia adalah kerana kurnia - nikmat yang tidak berasas, tidak dilayak, bukan diperolehi. Anda telah diberi kurnia ini kerana kasih Allah yang besar dan kerana rahmatNya. Ia dikurniakan demi tujuan yang telah ditentukan oleh Allah.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 2:10
"Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan."

MENJIRAM BENIH
Pertimbangkan maksudnya "kita adalah ciptaan Allah". Segalanya - keadaan kehidupan anda, personaliti anda, bakat anda, kekuatan anda, dan kelemahan anda - menyumbang kepada anda yang dipilih di dalam Kristus. Luangkan masa untuk bersyukur kepada Allah kerana ciptaanNya dalam diri anda! Minta Dia membantu anda menyedari apakah kurniaNya kepada anda demi merahmati tubuh Kristus. Dengar dan perhatilah. Minta Dia memberikan anda hikmat dan kefahaman. Ikuti Dia. Dia membimbing anda ke jalan kesolehan. Bersabarlah membiarkanNya membimbing anda. Semoga anda tergalak!

BERBUAH
Dicipta untuk perbuatan baik.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan