Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel
Menanam dan Memelihara Taman Anda
BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 3:7-13.
Luangkan masa beberapa minit untuk merenungi kekayaan Kristus yang tidak terbatas, yang tidak boleh difahami, dan bersyukurlah kepada Allah terhadap segala yang dikurniakan anda di dalamNya. Ketika saya merenungi kekayaan ini, saya bersyukur kerana Dia sentiasa hadir dan kerana Dia berjanji tidak akan membiarkan saya atau meninggalkan saya! Baca kembali petikan ini dan senaraikan kekayaan ini.
MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.
Efesus 3:11-12
"Melalui Kristus Yesus Tuhan kita, Allah melakukan hal itu seperti yang dirancang-Nya sejak permulaan. Kerana kita percaya kepada Kristus dan hidup bersatu dengan Dia, kita berani datang ke hadirat Allah dengan penuh keyakinan.."
MENJIRAM BENIH
Kenapakah kita sering terperangkap dalam keperluan - sebuah beg baru, kasut "idaman" itu, rumah impian, pakaian cantik, dan selainnya? Ataupun kita berkata, "Aku gembira sekali jikalau suamiku... jikalau anakku... jikalau aku ada lebih wang..." Segala ini tidak terbanding kepada segala yang sudah kita dikurnia! Kita perlu mengingatkan diri bahawa cuma Kristus yang memuaskan hati kita (Mazmur 16:11). Kita perlu mengubah cara "pengiraan" kita serta fikiran kita, dan menggantikan tabiat berdosa dengan tabiat yang memuaskan Allah. Dia sudah memberi kita keberanian, serta jalan masuk dengan penuh keyakinan kepadaNya. Dia membuka bukan sahaja pintu mahkamahNya, bahkan Dia membuka pintu maligaiNya jua. Kini kita dibenarkan memanggil Tuan syurga dan dunia sebagai "Ayah!" Ayahmu di syurga menjemput anda masuk. Tidak kira pada sebarang masa atau tentang sebarang hal, Dia ingin anda mendekatiNya. Beritahulah Dia tentang benda-benda di dunia yang diidam hati anda. Selepas itu mintaNya membantu anda mengidamiNya serta kesuciaanNya dan kesolehan Kristus. Sebelum meninggalkan saat teduh hari ini, berdoalah, bawalah hakikat ini ke hati, pergilah ke dalam pangkuanNya, dan beritahuNya segala di dalam hatimu.
BERBUAH
Diberi keberanian dan jalan masuk dengan penuh keyakinan kepada Ayah.
BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.

Kitab
Perihal Pelan
Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.
More
Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org