Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 17 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 3:14-21.
Mengikut petikan ini, apakah doa Palus untuk kita? Ketika anda menyedari permintaan doa Paulus untuk gereja, ingatlah, Kristus juga demikian berdoa untuk anda. Pertimbangkan apakah itu keinginanNya untuk anda hari ini. Allah kita kuat mempertahankan kemuliaanNya. Ayat-ayat 20-21 mengajar kita demikian.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 3:16
"Aku berdoa kepada Allah supaya daripada berkat-Nya yang berlimpah-limpah di syurga, Dia menguatkan batin kamu dengan Roh-Nya."

MENJIRAM BENIH
Kita sudah dikurnia iman dalam Yesus Kristus. Kita sudah mengetahui bahawa Dia menyerahkan nyawaNya kerana dosa kita. Kita sudah menyerahkan kehidupan berdosa kita kepadaNya. Kita perlu mengingati bahawa setiap hari merupakan perjuangan antara nafsu kita, atau daging kita, dan Roh Suci Allah yang kini hidup di dalam kita sebagai pengikut Kristus. Kita kerap terlupa ini dan berasa tertewas oleh nafsu dan dorongan kita. Ingat kembali minggu yang lepas. Ingatkan sesuatu ketika anda terperangkap nafsu. Sekarang, ingatkan ketika itu dengan kesedaran bahawa kuasa Roh berada di dalam anda. Minta Tuhan membantu anda beringat dan berjalan dalam kebenaran kuasaNya, melalui iman. Yesus Kristus memang hidup di dalammu. Percayalah ini secara iman. Allah akan menggunakan kekuatanNya untuk mengatasi kelemahan anda. Puji Allah. Ketika anda berlangkah dengan iman, kekuatanNya akan ternyata dan anda akan menuaikan hasil kesolehan. "Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat." (Ibrani 11:1).

"O Tuhan, kuatkanlah aku dan perteguhkan aku oleh RohMu di dalam batinku, supaya Kristus dapat hidup segenapnya dalam hatiku, melalui iman! Bantu iman aku berkembang."

BERBUAH
Dikuatkan dan diperteguhkan oleh RohNya di dalamku.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 16Hari 18

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan