Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 8 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 1:11-14.
Apakah kurnia anda dalam Kristus? Apakah yang anda belajar tentang tujuan anda? Tujuan siapakah yang sentiasa dicapai, atau kehendak siapakah yang sentiasa dijadikan?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 1:11
"Allah melakukan semuanya menurut rancangan dan keputusan-Nya sendiri. Dari mula-mula lagi Dia telah memilih kita, kerana Dia mahu supaya kita menjadi umat-Nya oleh sebab hidup bersatu dengan Kristus."

MENJIRAM BENIH
Kurnia anda tidak boleh dirampas. Anda boleh sentiasa berehat dan berasa selamat, kerana mengetahui Allah adalah baik. Dia melakukan semuanya - segala perkara - mengikuti rancanganNya. Anda boleh menarik nafas panjang, berehat, dan jangan khuatir kerana anda kepunyaanNya. Anda di dalam Kristus dan Dia di dalam anda.

Berfikir kembali tentang kerja Allah dalam kehidupan anda. Ingat kembali bagaimana Dia membawa anda kepada diriNya, mengajar anda dalam firmanNya, serta membimbing anda ke meditasi agama ini. Sekiranya anda di dalam Kristus, Dia sudah mengurniakan anda segala yang diperlu untuk membina pemahaman firmanNya dan kesolehanNya. Dia sudah mengurniakan diriNya kepada anda!

Apakah suatu perkara yang boleh anda lakukan ketika menerusi pelan ini, untuk mencapai faedah dari kurniaNya? Bagaimana kalau anda merenungi "benih kebenaran" seluruh hari? Anda boleh salin dan tampalnya dalam teks atau e-mel kepada diri sendiri. Renungilah benih kebenaran ini, janganlah kekhuatiran perkara di dunia. Jiramnya dan bantunya menumbuh.

BERBUAH
Dia melakukan semuanya mengikuti rancanganNya.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan