Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 9 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 1:15-23.
Apakah doa Paulus untuk gereja di Efesus dan untuk umat Kristian di seluruh dunia? Baca kembali doanya. Kerana anda "anak angkat" Allah, Yesus berdoa untukmu setiap hari (Ibrani 7:25). Bayangkan Yesus kini berdoakan doa ini untukmu. Secara senyap, bacakan petikan ini kepada diri sendiri. Percayalah ia.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 1:18-19
"Aku memohon agar Allah menjadikan fikiran kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya, serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus."

MENJIRAM BENIH
Doakan doa Paulus demi ahli keluarga dan sahabat karib anda. Doakan doa ini demi sahabat yang kini mencari Tuhan dengan segenap hati, jiwa, fikiran dan kekuatannya. Sekarang, doakannya demi diri sendiri. Sama seperti Paulus berdoa untuk umat Efesus dan untuk gereja, ingatlah, Yesus berdoa setiap hari, setiap jam, dan setiap ketika untuk anda. Minta Dia membantu anda melihat segalanya melalui mataNya. Beringatlah "menjiram benih" ini hari ini. Biarlah kebenaran menumbuh dalam kehidupan anda sehingga anda mempunyai taman yang berlimpahan iman dan kesolehan!

BERBUAH
Berdoalah bahawa anda akan mengenaliNya segenapnya.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan