Alkitab Untuk Anak-AnakSampel

Alkitab Untuk Anak-Anak

HARI 2 DARIPADA 8

ALLAH MENCIPTA SEGALANYA! Apabila Allah membentuk manusia pertama, Adam, dia tinggal di Taman Eden dengan isterinya, Hawa. Mereka dengan gembira mentaati Allah dan menikmati kehadiratNya sehingga satu hari ...

“Adakah Allah melarang kamu makan buah daripada sebarang pokok?” ular bertanya Hawa. “Kita boleh makan buah daripada setiap pokok kecuali daripada satu pokok,” dia menjawab. “Jika kita makan atau sentuh buah-buahan itu, kita akan mati.” “Anda tidak akan mati,” kata ular itu. “Anda akan menjadi seperti Allah.” Hawa inginkan buah pokok itu. Dia mendengar kata ular itu dan makan buah tersebut.

Selepas Hawa mengingkari firman Allah, dia memberi buah itu kepada Adam dan Adam pun makan buah itu. Adam sepatutnya berkata, “Tidak! Saya tidak akan mengingkari Firman Tuhan.”

Apabila Adam dan Hawa berdosa, mereka sedar yang mereka bertelanjang. Mereka pun merangkaikan daun ara untuk menutupi tubuh mereka dan bersembunyi daripada Allah di dalam semak duri.

Pada petang itu, Allah datang ke taman. Dia tahu apa yang Adam dan Hawa telah lakukan. Adam menyalahkan Hawa. Hawa menyalahkan ular itu. Allah berfirman, “Terkutuklah si ular ini. Wanita ini pula akan mengalami kesakitan apabila dia melahirkan anak.”

“Adam, kerana anda berdosa, tanah bumi dikutuk dengan duri dan rumput. Anda meti bekerja keras untuk menghasilkan makanan harian anda.”

Allah juga mengusir Adam dan Hawa keluar dari taman indah ini. Kerana mereka berdosa, mereka telah terpisah daripada kehidupan sejati yang diberi oleh Allah!

Allah menempatkan sebilah pedang berapi untuk mengawal pintu masuk ke taman. Allah membuat pakaian daripada kulit binatang untuk Adam dan Hawa. Dari manakah Tuhan mengambil kulit ini?

Masa berlalu, Adam dan Hawa mempunyai anak. Anak pertama mereka, Kain, adalah petani. Anak kedua mereka, Habel, adalah seorang gembala. Sesuatu hari, Kain membawa hasil tanamannya sebagai sembahan kepada Allah. Habel membawa seekor domba sulung sebagai sembahannya kepada Allah. Allah amat berkenan dengan persembahan Habel.

Allah tidak berkenan dengan persembahan Kain. Kain menjadi amat marah. Tetapi Allah berkata, “Jika anda melakukan apa yang betul, tidakkah anda akan diterima?”

Tetapi Kain masih marah. Beberapa waktu kemudian, dia menyerang Habel di padang - dan membunuhnya!

Tuhan berfirman kepada Kain. “Di mana saudara anda, Habel?” “Saya tidak tahu,” Kain berbohong. “Adakah saya penjaga adik saya?” Allah menghukum Kain dengan mengambil keupayaannya untuk meladang dan membuat dia seorang pengembara.

Kain pergi dari hadirat Allah. Dia berkahwin dengan anak perempuan Adam dan Hawa. Mereka membina satu keluarga. Satu masa kemudian, Kain dan cucu-cicitnya memenuhi kota yang dibina oleh Kain.

Sementara itu, keluarga Adam dan Hawa berkembang dengan cepat. Pada masa itu manusia hidup lebih lama daripada kita hari ini.

Apabila Set anaknya dilahirkan, Hawa berkata, “Allah memberi saya Set untuk menggantikan Habel.” Set adalah seorang yang suci yang hidup selama 912 tahun dan mempunyai ramai anak.

Dalam dunia, manusia semakin bertambah dan menjadi lebih jahat dari satu generasi ke generasi berikutnya. Akhirnya, Allah memutuskan untuk memusnahkan manusia dan semua binatang dan burung. Allah rasa kecewa dengan manusia yang dibentuk olehNya. Tetapi seorang lelaki menyenangi Allah . .

Lelaki ini adalah Nuh. Keturunan Set, Nuh adalah benar dan tidak bersalah. Dia hidup akrab dengan Allah. Beliau juga mengajar tiga orang anaknya untuk mentaati Allah. Sekarang Allah merancang untuk menggunakan Nuh dalam satu cara yang sangat pelik dan istimewa!

TAMAT

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Alkitab Untuk Anak-Anak

Bagaimana semuanya bermula? Di mana kita datang? Mengapa ada kesengsaraan sedemikian di dunia? Adakah ada harapan? Adakah kehidupan selepas kematian? Cari jawapan semasa anda membaca sejarah sejati dunia ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bible for Children, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bibleforchildren.org/languages/malay/stories.php

Pelan yang Berkaitan