Alkitab Untuk Anak-AnakSampel

Alkitab Untuk Anak-Anak

HARI 6 DARIPADA 8

Wanita itu berdiri di lereng bukit, sangat bising di sekililingnya dan mata sedihnya tertumpu pada satu kejadian yang dahsyat. Anaknya telah mati. Wanita itu bernama Maria, dan dia berdiri hampir dengan tempat di mana Yesus disalib.

Bagaimana semua ini berlaku? Bagaimana kehidupan indah Yesus boleh ditamatkan dengan begitu teruk? Kenapa Allah boleh membenarkan Anak-Nya disalib dan mati di sana? Adakah Yesus membuat kesilapan tentang siapa sebenarnya dia? Adakah Allah telah gagal?

Tidak! Allah tidak gagal. Yesus tidak membuat sebarang kesilapan. Yesus sentiasa tahu Dia akan dibunuh oleh orang jahat. Malah ketika Yesus seorang bayi, seorang lelaki tua yang bernama Simeon memberitahu Maria bahawa kesedihan menanti di hadapan.

Beberapa hari sebelum Yesus dibunuh, seorang wanita datang dan minyak wangi dicurahkan pada kaki-Nya. “Dia telah membazirkan wang,” murid-murid-Nya mengadu. “Dia melakukan kerja yang baik,” balas Yesus. “Dia melakukan untuk pengebumian saya.” Kata–kata yang pelik!

Selepas ini, Yudas, salah satu daripada 12 murid- murid Yesus, bersetuju kepada ketua imam untuk mengkhianati Yesus hanya dengan 30 keping wang perak.

Pada hari raya Paskah Yahudi, Yesus makan hidangan terakhir-Nya dengan murid- murid-Nya. Dia memberitahu mereka perkara-perkara indah mengenai Allah dan janji-janji Allah kepada orang yang mengasihi Dia. Kemudian Yesus memberi roti dan secawan wain bagi mereka untuk berkongsi. Ini adalah untuk mengingatkan mereka bahawa badan dan darah Yesus telah diberikan untuk membawa pengampunan bagi dosa-dosa manusia.

Kemudian Yesus memberitahu mereka yang Dia akan dikhianati, dan mereka akan melarikan diri. “Saya tidak akan lari,” tegas Peter. “Sebelum ayam jantan berkokok, tiga kali anda akan berkata anda tidak mengenali Aku,” kata Yesus.

Kemudian pada malam itu, Yesus pergi berdoa di Taman Getsemani. Murid- murid yang bersama- Nya tertidur. “Wahai Bapa-Ku,” Yesus berdoa, “... Biarlah cawan penderitaan ini dijauhkan daripada saya. Namun begitu, jangan menurut kehendak saya, tetapi kehendak Bapa.”

Tiba-tiba satu kumpulan pengawal mara ke taman, diketuai oleh Yudas. Yesus tidak menentang, tetapi Petrus memotong telinga salah seorang lelaki. Yesus menyentuh telinga itu dan menyembuhkannya. Yesus tahu penangkapan ini adalah sebahagian daripada kehendak Allah.

Pengawal-pengawal ini membawa Yesus ke rumah imam besar. Di sana, pemimpin-pemimpin Yahudi berkata Yesus sepatutnya mati. Berdekatan, Petrus berdiri di sebelah api bersama dengan pengawal dan melihat apa yang sedang berlaku. Tiga kali orang merenung Petrus dan berkata, “Anda adalah dengan Yesus!” Tiga kali Peter menafikan, sama seperti apa yang telah dikatakan oleh Yesus. Petrus malah mengutuk dan bersumpah.

Pada saat itu juga, ayam jantan berkokok. Ia seperti suara Allah kepada Petrus. Mengingati kata-kata Yesus, Petrus menangis tersedu-sedu.

Yudas juga menyesal. Dia tahu Yesus tidak melakukan apa-apa dosa atau kesalahan. Yudas mengembalikan 30 keping wang perak, tetapi imam tidak mahu menerimanya.

Yudas melemparkan wang ke lantai, meninggalkan mereka dan pergi menggantung dirinya.

Imam-imam membawa Yesus menghadap Pilatus, gabenor kerajaan Roma. Pilatus berkata, “Saya tidak menjumpai sebarang kesalahan bagi orang ini.” Tetapi mereka terus berseru, “Salib dia! Salib dia!”

Akhirnya Pilatus mengalah, dan menjatuhkan hukuman mati disalib kepada Yesus. Askar-askar menumbuk Yesus, meludahi-Nya dan menyebat-Nya. Mereka membuat satu mahkota daripda ranting– ranting berduri dan menekannya pada kepala Yesus. Kemudian mereka menyalibkan Yesus.

Yesus sentiasa tahu Dia akan mati begini. Dia juga tahu bahawa kematian-Nya akan membawa pengampunan bagi dosa manusia yang menpercayai- Nya. Dua penjenayah disalibkan di sebelah Yesus. Satu percaya kepada Yesus dan pergi ke syurga. Yang lagi satu tidak percaya.

Selepas penderitaan selama beberapa jam, Yesus berkata, “Ia sudah selesai,” dan mati. KerjaNya telah selesai. Kawan-kawan-Nya mengebumikan-Nya di dalam satu kubur baru.

Kemudian tentera Roma memeteraikan batu penutup kubur dan mengawalnya. Kini tiada siapa yang boleh masuk atau keluar dari kubur itu.

Jika kisah ini diakhiri sebegini, betapa sedihnya. Tetapi Allah melakukan sesuatu yang indah. Kematian Yesus tidak kekal!

Pada awal pagi hari pertama dalam minggu itu, beberapa murid- murid Yesus mendapati penutup kubur tergolek dari kubur. Apabila mereka melihat ke dalam, Yesus tidak berada di sana.

Seorang wanita menangis di tepi kubur. Yesus menampakkan diri kepadanya! Dia bergegas kembali dengan gembira untuk memberitahu murid-murid yang lain. YESUS HIDUP! “YESUS HIDUP KEMBALI !”

Tiba-tiba Yesus datang kepada murid- murid, dan menunjukkan kepada mereka kesan paku di tangan-Nya. Ia adalah benar. YESUS HIDUP KEMBALI. Dia memaafkan Petrus kerana menafikan-Nya, dan menyuruh murid-murid-Nya memberitahu semua orang mengenai-Nya. Kemudian Dia kembali ke syurga, tempat asal-Nya.

TAMAT

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Alkitab Untuk Anak-Anak

Bagaimana semuanya bermula? Di mana kita datang? Mengapa ada kesengsaraan sedemikian di dunia? Adakah ada harapan? Adakah kehidupan selepas kematian? Cari jawapan semasa anda membaca sejarah sejati dunia ini.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bible for Children, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bibleforchildren.org/languages/malay/stories.php

Pelan yang Berkaitan