Alkitab Untuk Anak-AnakSampel
Yesus membuat banyak mukjizat. Mukjizat merupakan tanda-tanda yang menunjukan bahawa Yesus benar-benar anak Allah. Mukjizat pertama berlaku di satu majlis perkhawinan. Timbul masalah. Minuman anggur tidak cukup untuk semua tetamu.
Maria, Ibu Yesus, beritahu Yesus tentang masalah itu, kemudian menyuruh pelayan-pelayan menuruti apa yang diperintahi oleh Yesus.
“Penuhi tempayan – tempayan dengan air,” kata Yesus. “Air?” mereka bertanya. Ya, air yang diminta oleh Yesus.
Kemudian Yesus menyuruh mereka mengambil air tesebut dan hidangkan kepada ketua majlis. Air bertukar menjadi minuman anggur. Minuman anggur yang enak dan terbaik!
Para pelayan tercengang. Yesus menukar air menjadi minuman anggur. Hanya Allah yang dapat membuat mukjizat seperti itu.
Yesus membuat mukzijat-mukjizat lain. Pada suatu petang, Ia dengan murid-muridnya menuju ke rumah Petrus. Ibu mertua Petrus sedang sakit dan demam.
Yesus menyentuh tangan perempuan yang sakit. Dengan serta-merta, dia sembuh. Dia bangun dan melayani Yesus dan murid-muridnya.
Seluruh penduduk kota berkumpul di depan pintu rumah pada malam itu. Orang sakit – buta, tuli, bisu, lumpuh. Juga orang yang dikawal oleh kuasa syaitan datang kepada Yesus. Dapatkah Ia menolong begitu ramai orang?
Yesus, anak Allah dapat menolong. Dan Yesus memang akan menolong mereka. Semua orang yang datang kepadaNya ditolongNya. Orang yang seumur hidup berjalan dengan tongkat dapat berjalan dan lari dan melompat.
Yang lain juga datang, mereka yang menjadi buruk rupa kerana penyakit Lepra.
Rupa mereka kembali ke rupa asal dan menjadi bersih selepas Yesus menyembuhkan mereka.
Lelaki dan perempuan yang dikuasai syaitan berdiri di depan Yesus. Ia memerintahkan syaitan meninggalkan orang-orang itu. Syaitan terus mematuhi Yesus dan orang yang dalam ketakutan dan tidak tenang menjadi tenang dan gembira.
Di belakang orang ramai, empat orang lelaki cuba menyusung kawan mereka yang lumpuh ke Yesus. Tetapi mereka tidak dapat mendekati Yesus. Apakah yang boleh mereka lakukan?
Empat teman setia itu membuka bumbung rumah dan menurunkan kawan mereka yang lumpuh. Sekarang dia betul-betul dekat dengan Yesus.
Yesus melihat bahawa empat teman itu sangat beriman. Ia berkata kepada orang lumpuh itu, “Dosa kamu sudah diampuni. Angkat tempat tandu tidurmu dan jalanlah.” Orang sakit itu berdiri, sihat dan kuat. Yesus telah menyembuhkan orang lumpuh itu.
Sejenak sesudah itu, Yesus berada di dalam perahu dengan murid-muridnya. Badai besar menggoyang laut. Yesus sedang tidur. Murid-murid ketakutan lalu membangunkan Yesus. “Tuhan selamatkan kita,” teriak mereka “Kita tenggelam!”
“Surutlah,” Yesus memerintah ombak, seketika laut menjadi tenang. “Orang apakah dia ini?” Murid-muridnya saling berbisik. Angin dan laut menuruti perintahnya. Mereka percaya Yesus adalah anak Allah kerana mukjizat-mukjizatNya menunjukan kemuliaan Tuhan. Murid-muridnya tidak tahu akan hal ini, tetapi mereka akan melihat Yesus menampilkan mukjizat yang lebih besar sewaktu Ia melayani Allah BapaNya di antara manusia.
TAMAT
Perihal Pelan
Bagaimana semuanya bermula? Di mana kita datang? Mengapa ada kesengsaraan sedemikian di dunia? Adakah ada harapan? Adakah kehidupan selepas kematian? Cari jawapan semasa anda membaca sejarah sejati dunia ini.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bible for Children, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bibleforchildren.org/languages/malay/stories.php