Mengenali Doa 'Bapa Kami'Sampel

Mengenali Doa 'Bapa Kami'

HARI 1 DARIPADA 7

Hari 1: Mengenali Kepentingan Berdoa dan Doa ‘Bapa Kami’

Berdoa adalah cara kita berkomunikasi dengan Tuhan. Sepertimana kita berkomunikasi dengan keluarga ataupun kawan, begitulah Tuhan berharap kita selalu berkomunikasi dengan Dia. Apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Tuhan, hubungan kita dengan Dia akan bertambah erat. Itulah hasrat Bapa kita di syurga. Secara ringkasnya,

Berdoa adalah komunikasi dengan Tuhan, Bapa kita,

Melalui Yesus Kristus, anak Tuhan,

Dengan kuasa Roh Kudus.

Sepanjang masa Yesus di bumi, Dia sering berdoa. Walaupun Dia sibuk dengan pelayanan-Nya, Yesus selalu meluangkan masa untuk berdoa (Matius 14:23). Dia juga mengajar dan melatih murid-murid-Nya untuk berdoa selalu (Matius 6:5-13).

Dalam ajaran Yesus, Dia mengajar kita cara-cara untuk berdoa menerusi doa ‘Bapa Kami’. Marilah kita mengamati kata-kata dalam doa ini:

Demi menyediakan hati, minda dan roh kita untuk menerima Firman-Nya, marilah kita mendengar lagu ini setiap kali sebelum memulakan pembelajaran tentang doa ‘Bapa Kami’ pada hari-hari yang berikutnya. Semoga diberkati.

Hari 2

Perihal Pelan

Mengenali Doa 'Bapa Kami'

Mari kita belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang terdapat dalam Matius 6:9-13. Siri ini disediakan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami supaya ibu bapa dan anak-anak boleh membuat renungan harian bersama-sama sebagai satu keluarga. Setiap renungan adalah singkat supaya kita dapat mengaplikasikan Firman Tuhan dalam hidup kita. Hasil karya Gina Yap Lai Yoong.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MYWorshipCollective kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc

Pelan yang Berkaitan