Mengenali Doa 'Bapa Kami'Sampel

Mengenali Doa 'Bapa Kami'

HARI 4 DARIPADA 7

Hari 4: Berilah kami makanan untuk hari ini.



Pendeknya, kedua-dua ayat yang pertama dalam doa ‘Bapa Kami' adalah tentang Tuhan. Kemudiannya, doa itu beralih fokus kepada kita dan keperluan kita.

Sebagai manusia, kita memerlukan makanan untuk memberi tenaga kepada badan dan minda supaya dapat beroperasi setiap hari. Selain makanan, kita juga mempunyai keperluan lain seperti kewangan, tempat tinggal, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan lain-lain. Kesemua keperluan ini diambil kira oleh Tuhan. Namun begitu, keperluan asas yang paling penting untuk kita adalah makanan rohani. 

Apabila kita meminta makanan daripada Bapa kita di syurga, kita bukan sahaja meminta makanan fizikal tetapi makanan yang dapat memenuhi segala keperluan kita. Dalam Yohanes 6:26-27, Yesus mengingatkan kita untuk tidak berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi, tetapi berusahalah untuk mendapatkan makanan yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Ini kerana Yesus ialah Roti Hidup yang merupakan makanan berkekalan itu (Yohanes 6:35).

Hari ini, marilah kita berdoa agar Tuhan menyediakan makanan yang memenuhi segala keperluan kita. Sama ada makanan fizikal mahupun makanan rohani, Bapa syurgawi kita selalu memberikan segala sesuatu yang diperlukan.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Mengenali Doa 'Bapa Kami'

Mari kita belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang terdapat dalam Matius 6:9-13. Siri ini disediakan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami supaya ibu bapa dan anak-anak boleh membuat renungan harian bersama-sama sebagai satu keluarga. Setiap renungan adalah singkat supaya kita dapat mengaplikasikan Firman Tuhan dalam hidup kita. Hasil karya Gina Yap Lai Yoong.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MYWorshipCollective kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc

Pelan yang Berkaitan