Mengenali Doa 'Bapa Kami'Sampel
Hari 2: Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.
Hari ini, kita akan memfokus pada ayat Matius 6:9 dalam doa ‘Bapa Kami’.
“Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.”
Apabila kita berdoa, kita sedang berkomunikasi dengan Tuhan. Biasanya kita akan menyapa orang itu dahulu supaya orang itu tahu bahawa kita sedang berkomunikasi dengannya. Begitu juga apabila kita berkomunikasi dengan Tuhan. Kita memulakan doa dengan menyapa Tuhan.
Dalam doa ‘Bapa Kami’, Yesus mengajar kita untuk menyapa Tuhan sebagai Bapa syurgawi kita. Begitu indah sekali sapaan ini kerana itulah salah satu identiti Tuhan kepada kita. Sepertimana yang terdapat dalam 1 Yohanes 3:1, Tuhan merupakan Bapa syurgawi kita. Dan Tuhan mendengar doa kita dari syurga.
Namun begitu, nama Bapa syurgawi kita adalah suci. Menerusi doa ‘Bapa Kami’, Yesus mengingatkan kita bahawa kita tidak seharusnya mempergunakan nama Tuhan secara sambil lewa. Oleh itu, apabila kita berdoa, kita perlu menghormati nama-Nya.
Hari ini, marilah kita berdoa kepada Bapa syurgawi dengan penuh hormat apabila kita menggunakan Nama-nya. Amin.
Perihal Pelan
Mari kita belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang terdapat dalam Matius 6:9-13. Siri ini disediakan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami supaya ibu bapa dan anak-anak boleh membuat renungan harian bersama-sama sebagai satu keluarga. Setiap renungan adalah singkat supaya kita dapat mengaplikasikan Firman Tuhan dalam hidup kita. Hasil karya Gina Yap Lai Yoong.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MYWorshipCollective kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc