Mengenali Doa 'Bapa Kami'Sampel
Hari 3: Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.
Semalam, kita belajar tentang Tuhan dan nama suci-Nya. Marilah kita merenung ayat seterusnya, iaitu Matius 6:10:
‘Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.’
Kita tahu bahawa kerajaan Tuhan adalah amat hebat dan meluas. Pemahaman kita tentang kerajaan Tuhan adalah terhad. Namun begitu, terdapat bibit-bibit di Alkitab yang memberikan kita pengetahuan tentang kerajaan Tuhan.
Roma 14:17 mengatakan bahawa kerajaan Tuhan bukan sahaja tentang soal makan minum yang sering kita risaukan. Tetapi kerajaan Tuhan adalah lebih besar daripada itu. Kerajaan Tuhan adalah tentang kesebatian dan kesejahteraan kita dalam Roh Kudus. Ini bererti, kerajaan Tuhan merangkumi kita dalam kepentingan-Nya. Tuhan menginginkan yang terbaik untuk kita.
Jadi, apabila kita meminta kerajaan Tuhan untuk datang dan kehendak-Nya terlaksana di bumi sebagaimana di syurga, kita meminta Tuhan datang untuk membantu kita menjalani kehidupan yang selaras dengan kehendak-Nya. Sememangnya kita ingin mempunyai kehidupan yang memuliakan Nama-Nya.
Hari ini, marilah kita berdoa agar Bapa syurgawi membantu kita, menerusi Roh Kudus, supaya kehidupan seharian kita membawa kemuliaan kepada Nama-Nya.
Perihal Pelan
Mari kita belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang terdapat dalam Matius 6:9-13. Siri ini disediakan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami supaya ibu bapa dan anak-anak boleh membuat renungan harian bersama-sama sebagai satu keluarga. Setiap renungan adalah singkat supaya kita dapat mengaplikasikan Firman Tuhan dalam hidup kita. Hasil karya Gina Yap Lai Yoong.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MYWorshipCollective kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc