Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel

The Final Lessons: A Holy Week Plan

HARI 3 DARIPADA 10

Melayani dan Mengasihi

Saya boleh dikatakan orang yang gila kerapian dan dengan tiga orang anak perempuan kecil yang berusia lima tahun dan ke bawah betul-betul mengganggu saya. Saya tidak dapat mengikuti segala sesuatu dan kebanyakan hari itu membuat saya bagai nak gila. Saya telah membeli satu tanda tempoh hari yang berbunyi, “Maafkan keselerakan ini. Anak-anak saya sedang buat kenangan.” Saya menggantungnya dan melaluinya 100 kali dalam sehari, semasa melalui timbunan Lego, kain kotor, tutu, pinggan mangkuk yang kotor, tuala bersih yang sudah lama tersedia untuk dilipat dan berbisik kepada diri sendiri: “Buat kenangan, Becky. Buat kenangan.”

Saya mungkin terseleweng oleh pengaturan, sehingga terlupa untuk mengasihi.

Bacaan hari ini membawa kita ke satu lagi meja di mana Yesus menghabiskan masa yang panjang bersama-sama orang yang kita baca dikasihi-Nya dan dianggap kepunyaan-Nya.

Baca Yohanes 13:1-17 dan perhatikan pembawaan Yesus terhadap murid-murid-Nya.

Yesus, Anak Allah dan Penebus seluruh bangsa manusia, merendahkan diri, dan membasuh 12 pasang kaki busuk. Saya rasa Dia tidak perasan akan kotoran atau bau itu. Dia sedar bahawa ini adalah saat-saat akhir-Nya bersama dengan orang yang dikasihi-Nya dan Dia ingin memastikan pengajaran ini menonjol—kata-kata sahaja tidak memadai. Jadi, Dia merendahkan diri dan membersihkan kekotoran itu.

Baca semula Yohanes 13:15-17.

Siapakah yang anda melayani (atau harus melayani)? Rakan sekerja atau pekerja? Anak? Teman sebilik atau pasangan? Kawan? Jiran?

Apakah satu cara, dalam erti kiasan, anda boleh membasuh kaki mereka pada minggu ini? Ataupun barangkali anda perlu betul-betul membasuh kaki seseorang, siapakah orang itu?

Sekarang, baca Yohanes 13:34-35.

Melayani satu sama lain adalah cara kita mengasihi satu sama lain. Sebenarnya, Yesus berkata itulah caranya orang lain akan mengetahui bahawa kita ialah orang Kristian. Adakah orang lain sedar bahawa anda seorang Kristian, seorang pengikut Yesus?

Saya rasa amat menyedihkan melihat cara ramai orang mewakili keKristianan di media sosial. Kita telah kehilangan misi kita untuk melayani dan mengasihi. Kita lebih mengambil berat tentang mengacu orang yang tidak mendakwa diri sebagai pengikut Kristus kepada gambaran-Nya. Sebaliknya, kita telah dipanggil untuk melayani dan mengasihi, bukannya memaksa orang lain untuk akur.

Bagaimanakah pendekatan untuk melayani dan mengasihi, daripada menghakimi, mengubah cara orang lain mengalami Kristus?

Betapa membebaskan untuk menyedari bahawa ia tidak bergantung kepada kita untuk mengubah dunia atau menyelamatkan dunia! Perkara yang kita dipanggil untuk lakukan adalah merendahkan diri dan memilih untuk melayani serta mengasihi orang lain.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Final Lessons: A Holy Week Plan

Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda memerlukan peringatan baru tentang perkara yang paling penting kepada Kristus—bahawa anda mengasihi umat-Nya dan mengikuti-Nya? Apakah yang ingin diajar-Nya kepada anda pada Minggu Suci ini?

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Becky Kiser bersama dengan Sacred Holidays kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sacredholidays.com

Pelan yang Berkaitan