Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel
Pengkhianatan
Pengkhianatan menyayat hati.
Pernahkah anda mengalami pengkhianatan? Bagaimanakah ia mempengaruhi anda pada masa itu? Bagaimanakah ia masih mempengaruhi anda?
Menjelang saat-saat akhir-Nya, Yesus mengalami dua tamparan pengkhianatan yang berbeza.
Baca Yohanes 13:21-30, 36-38.
Dari segi apakah dua situasi itu adalah serupa? Dari segi apakah ia adalah berbeza?
Pada pendapat anda, dengan kesedaran bahawa Yesus adalah manusia sepenuhnya dan bahawa Dia mengalami emosi yang sebenar, bagaimanakah ia mempengatuhi-Nya?
Matius 27:3 memberitahu kita bahawa Yudas telah dibayar 30 keping wang perak untuk Yesus. 30 keping wang perak untuk mengkhianati-Nya sepenuhnya. Dia cuba memulangkan wang itu, tetapi sudah terlambat, Yesus sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Memanglah mudah untuk menahan nafas melihat Yudas, berasa terkejut bahawa seseorang itu akan mengkhianati Yesus.
Bagaimana pula dengan Petrus? Adakah berjalan atas air (lihat Matius 14:22-32), dan diselamatkan daripada tenggelam, tidak mencukupi untuk memperoleh kasih dan kesetiaannya? Betulkah dia akan menafikan Kristus yang baru membasuh kakinya?
Ya. Kita berada dalam situasi yang sama.
Walau bagaimanapun, terdapat berita yang amat baik untuk kita:
Baca Roma 8:38-39.
Anda tidak mungkin merosakkan ini. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengubah kasih-Nya. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengubah pekerjaan yang telah dilaksanakan-Nya dalam anda. Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk memisahkan anda daripada-Nya.
Baru-baru ini, kami menghadapi kesukaran mengasuh. Kami sudah tenggelam punca, berseru kepada Allah agar Dia memimpin kami dalam pengasuhan. Satu hal yang saya mulakan beberapa minggu lalu adalah menambahkan dua coklat berbentuk hati ke dalam kotak bekal makan tengah hari pada setiap hari. Kami tidak dapat elakkan isu keluar rumah dan ke sekolah tepat pada masanya; anak buat perangai dan menangis. Sebelum berjalan ke sekolah, saya akan memegang tangan anak perempuan saya, membongkok dan membisikkan kepadanya, “Apakah yang diingatkan oleh dua coklat berbentuk hati dalam kotak bekal makan itu?” Kini, dia tahu. Dia memberikan senyuman termanisnya, yang melembutkan hati ibunya kembali kepada kasih karunia, dan memberitahu saya, “Ibu dan ayah sayang saya dan tiada apa-apa yang saya lakukan boleh mengubahnya.”
Saya tidak tahu apa pilihan yang telah anda buat atau pengkhianatan yang pernah dialami, tetapi saya tahu ini:
Bahawa Bapa anda mengasihi anda dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengubahnya.
Perihal Pelan
Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda memerlukan peringatan baru tentang perkara yang paling penting kepada Kristus—bahawa anda mengasihi umat-Nya dan mengikuti-Nya? Apakah yang ingin diajar-Nya kepada anda pada Minggu Suci ini?
More