Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel

The Final Lessons: A Holy Week Plan

HARI 1 DARIPADA 10

Pengorbanan

Kita bermula pada hari ini, sehari sebelum hari Minggu Palma, iaitu, permulaan rasmi Minggu Suci, kerana kita tidak boleh terlepas permulaan kisah Paskah yang sebenar. Terlalu kerap, orang ramai, unta, dan daun palma telah terlepas perhatian tentang kisah Maria dan pengorbanannya. Jadi, kita bermula pada hari Sabtu supaya kita bersedia untuk hari Minggu Palma.

Hari ini, kita bermula di tempat yang jauh lebih sederhana daripada orang ramai yang bersorak-sorai. Kita bermula di tempat di mana kita akan rasa selesa bersama-sama kawan di meja makan.

Baca Yohanes 12:1-8

Adakah anda mengingati kawan-kawan Yesus ini? Jika tidak, inilah latar belakangnya: saudara perempuan Lazarus tidak puas hati dengan kelewatan Yesus untuk datang membantu mereka setelah menerima berita bahawa Lazarus telah jatuh sakit, lalu, menyebabkan kematiannya. Kita melihat Yesus bersedih (Yohanes 11:35 memberitahu kita bahawa, “Yesus menangis.”) kemudiannya melakukan suatu mukjizat—dia membangkitkan Lazarus daripada kematian!

Kawan-kawan ini mengetahui tentang kematian dan kebangkitan. Saudara perempuan Lazarus baru melihat saudara mereka yang hidup keluar daripada kubur (Yohanes 11:44). Mereka melihat perkara yang mustahil menjadi mungkin.

Semasa makan malam ini, kita melihat Maria melakukan sesuatu yang luar biasa. Dalam ayat 3 kita membaca, “Kemudian Maria datang dan membawa kira-kira setengah liter minyak wangi yang mahal harganya. Minyak itu dibuat daripada akar wangi. Dia menuang minyak itu pada kaki Yesus, lalu menyapu kaki Yesus dengan rambutnya.”

“Minyak wangi yang mahal” ini tidaklah seperti minyak wangi atau minyak kelonyor anda. Setiap komentari atau pengajian Alkitab yang telah saya baca mengatakan bahawa ia bernilai sebanyak gaji sepanjang tahun.

Pertimbangkan maksud gaji setahun buat anda. Sekarang, pertimbangkan perasaan anda jika anda menuliskan cek dengan nilai itu untuk Yesus.

Saya tidak dapat memahaminya. Saya bergumul memberikan Allah 10% persembahan ataupun 30 minit masa siang saya ataupun penyembahan hari minggu bersama dengan keluarga gereja saya. Maka, memberikan pendapatan yang berjumlah gaji setahun. Tidak. Saya tidak dapat melakukannya.

Akan tetapi, di sinilah kisah Paskah bermula—dengan seorang perempuan, seorang kawan Yesus, yang memberikan sesuatu yang bernilai (“Minyak yang dibuat daripada akar wangi”), dan merendahkan diri dengan membasuh kaki-Nya dengan rambutnya. Maria memahaminya—Kristus layak menerima kita segenapnya, yang terbaik daripada kita.

Mengapakah kita sering memberi-Nya lebihan kita?

Akhiri hari ini dengan berlutut, jika mungkin. Bukalah tangan anda kepada Yesus dan mengakui apa yang menjadi pautan anda. Mintalah iman untuk menjadi lebih murah hati dan lemah. Mintalah keberanian untuk memberi melebihi jumlah yang anda rasa mungkin.
Hari 2

Perihal Pelan

The Final Lessons: A Holy Week Plan

Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda memerlukan peringatan baru tentang perkara yang paling penting kepada Kristus—bahawa anda mengasihi umat-Nya dan mengikuti-Nya? Apakah yang ingin diajar-Nya kepada anda pada Minggu Suci ini?

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Becky Kiser bersama dengan Sacred Holidays kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sacredholidays.com

Pelan yang Berkaitan