Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel
Kesenyapan
Hari ini merupakan hari yang menarik dengan sedikit atau tanpa rekod tentang apa yang telah berlaku. Kesenyapan.
Pernahkah anda mendapati diri keliru akan kesenyapan Allah? Tidak pasti tentang tindakan seterus-Nya?
Bukan anda sahaja yang rasa demikian. Penantian dan jalan Allah sering kali tidak dapat dilihat dengan jelas pada saat ini. Yesaya 55:8-9 mengesahkan ini, “TUHAN berfirman, ’Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.’”
Hari dan butiran yang tidak dimasukkan dalam catatan Alkitab selalu memuncakkan sifat ingin tahu saya. Apakah yang dilakukan orang pada ketika itu? Difikirkan? Dirasai?
Pada hari ini, saya mahu kita meletakkan diri pada keadaan mereka, kita akan membaca satu Mazmur yang berkemungkinan biasa kepada mereka:
Baca Mazmur 139.
Sekarang, luangkan sedikit masa dan benarkan Allah mengamati anda dan mengenali anda.
Perihal Pelan
Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda memerlukan peringatan baru tentang perkara yang paling penting kepada Kristus—bahawa anda mengasihi umat-Nya dan mengikuti-Nya? Apakah yang ingin diajar-Nya kepada anda pada Minggu Suci ini?
More