Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel
Kebangkitan
Hari ini kita meraikan bahawa Yesus bukan sahaja mati pada salib—Dia telah bangkit daripada kematian! Hal yang bermaksud untuk menghukum dan mengunci mulut (kematian Yesus pada salib) telah menjadi kebebasan kita kerana kubur tidak dapat menahan-Nya.
Baca Yohanes 20:1-29.
Dia masih hidup. Dia tidak mati. Adakah sesiapa lagi yang rasa ini tidak masuk akal? Sehari sebelumnya Dia telah mati, dibungkus dengan kain kafan dan dimasukkan dalam kubur.
Di sinilah keKristianan beralih daripada beberapa idea yang baik daripada seorang guru yang baik—kepada iman yang mengubah kehidupan. Jika kehidupan Yesus adalah tentang Dia yang mengajar, mengasihi orang, dan menyembuhkan orang sakit, Dia hanya akan diingati kerana perkara tersebut. Itu tidak berlaku. Seluruh dunia telah berubah kerana Dia tidak kekal mati. Kata-kata-Nya dan apa yang dinubuatkan nabi-nabi adalah betul dan masihlah betul! Kebangkitan Yesus daripada kematian telah menghapuskan kutukan dosa terhadap kita!
Ia kelihatan seperti perbuatan bodoh, bukan? Jika kita bergantung kepada keupayaan kita, kita tidak mungkin memahami ini. Paulus mendorong kita dalam 1 Korintus 2:5, “Oleh itu, kepercayaan kamu kepada Kristus tidak berdasarkan kebijaksanaan manusia, tetapi berdasarkan kuasa Allah.”
Menurut wawasan manusia, kematian Yesus, kebangkitan-Nya daripada kematian, dan penebusan manusia daripada berat dosa, memanglah kegilaan. Namun Allah. (Saya suka dua perkataan itu.) Allah kita bukanlah manusia biasa yang mati pada salib, Dia ialah Yesus—Allah dan manusia sepenuhnya. Jika Dia adalah manusia biasa sahaja, kematian-Nya pada salib hanyalah kehilangan seorang guru yang dinamik dan pejuang golongan miskin dan sakit.
Dia bukan sahaja manusia sepenuhnya; Dia jugalah Allah sepenuhnya—anak Allah!
Inilah yang menjadikan hari Paskah lebih bermakna daripada yang dijadikan budaya kita. Yesus telah mati demi anda, tetapi Dia juga bangkit untuk anda. Dia bukan sahaja menanggung hukuman dosa kital Dia telah datang untuk membawakan hidup baru untuk kita!
Inilah yang telah dilakukan Kristus jika kita memilih untuk mempercayai Salib dan kubur yang kosong: “Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula.” (2 Korintus 5:17)
Perihal Pelan
Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda memerlukan peringatan baru tentang perkara yang paling penting kepada Kristus—bahawa anda mengasihi umat-Nya dan mengikuti-Nya? Apakah yang ingin diajar-Nya kepada anda pada Minggu Suci ini?
More