Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel
Menanam dan Memelihara Taman Anda
BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 4:4-8.
Dengar baik-baik. Panggilan anda itu kepada apa? Anda sebahagian dari apa? Baca kembali ayat 4. Keinginan Allah adalah supaya umat Kristian hidup bersama dalam kesatuan, dengan kesedaran bahawa kita semuanya sebahagian dari satu tubuh. Kita perlu berusaha sepenuhnya untuk memelihara kesatuan tubuh itu. Kita tidak berjuang keseorangan. Kita sebahagian dari tubuh Kristus. "Hanya ada satu tubuh dan satu Roh, begitu juga kamu dipanggil oleh Allah untuk satu harapan. Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan, dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui semua orang, dan tinggal di dalam semua orang.." (Efesus 4:4-6).
MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.
Efesus 4:7
"Setiap orang daripada kita menerima suatu kurnia menurut apa yang diberikan oleh Kristus."
MENJIRAM BENIH
Allah sudah menganugerahkan kita kasih kurnia untuk melakukan segala yang kita perlu lakukan. Apakah anda aktif melaksanakan peranan anda di dalam tubuh Kristus? Apakah anda memberikan masa, bakat, dan harta? Apakah anda sebahagian dari perkumpulan mukmin? Kita tidak sepatutnya berusaha seorang diri, di sebaliknya kita perlu mematuhi arahanNya di dalamNya dan di dalam persekutuan.
2 Korintus 12:9 berkata, "Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah." Kasih Allah kepada Paulus menguatkannya dalam kelemahannya. Kasih yang sama diberi kepada anda - menurut ukuran pemberian Kristus! "Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik" (2 Korintus 9:8). Berkat Allah membekalkan segala keperluan kita agar kita benar-benar dapat berkata bahawa Allah segenapnya memuaskan! Dia adalah semua di dalam semua untukku! Apakah ini benar-benar keadaan anda? Percayakah anda hakikat ini?
BERBUAH
BKasih dan berkat dianugerah kepada mereka yang di dalam Kristus.
BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.

Kitab
Perihal Pelan
Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.
More
We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: http://www.thistlebend.org/