Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 20 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 4:9-14.
Paulus jelasnya menyatakan bahawa sebagai orang kudus kita dilengkapi untuk kerja perkhidmatan dan untuk membangunkan tubuh Kristus.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 4:13
"Dengan demikian kita menjadi satu oleh iman yang sama dan pengertian yang sama tentang Anak Allah. Kita akan menjadi matang dan sempurna seperti Kristus."

MENJIRAM BENIH
Apakah anda berusaha agar anda dilengkapi untuk kerja perkhidmatan yang diberi Tuhan? Sebagai isteri? Sebagai ibu? Sebagai guru? Sebagai teman sekerja? Di manakah keperluan dalam gerejamu? Nurseri? Kumpulan penyambut? Kerja dapur? Apakah anda aktif berkhidmat dalam kawasan yang berkeperluan? Apakah tumpuan anda? Perlukah anda membuat sebarang perubahan?

Saya cuma mendengar perkataan Kristus dalam Khutbah di Bukit: "Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya, lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu" (Matius 6:33). Mintalah Allah menjadikan itu tumpuan anda, minat anda, keinginan anda. Jadikan minat itu nyata dan aktif melalui tindakan anda. Adakah sebarang perkara yang perlu anda henti mengejar agar dapat benar-benar mencari kerajaanNya?

BERBUAH
Mencapai kesatuan iman.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 19Hari 21

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: http://www.thistlebend.org/

Pelan yang Berkaitan