Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 29 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 5:15-21.
Bagaimanakah Allah ingin kita menggunakan masa kita? Apakah maksud Paulus ketika beliau berkata masa adalah jahat?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 5:15-16
"Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat."

MENJIRAM BENIH
Kita tidak sentiasa terlihat kegelapan di sekitar kita. Dunia sekeliling semakin gelap. Perkara yang menarik tentang malam yang gelap adalah, bintang-bintang menyinar lebih terang! Kehadiran seorang anak cahaya di tengah-tengah kegelapan boleh menyebabkan orang kafir mengenali dosanya. Ini adalah peranan dan kerja Roh Suci. Jangan ketakutan menjadi cahaya.

Anda mungkin tidak berasa seperti cahaya. Musuh akan cuba meyakinkan anda bahawa anda langsung tidak berpengaruh. Biarkan cahaya kecil anda terus bersinar. Kegelapan tidak dapat mengatasi cahaya, tidak kira apa katanya iblis terhadap anda. Masa adalah suatu sumber yang berharga; kita kerap membuang masa dan tidak menggunakannya dengan baik. Penting sekali kita menguruskan masa dengan cara yang memuaskan hati Allah, kerana masa yang lepas langsung lepas. Sudikah anda telitikan cara anda menggunakan masa, bukan sahaja hari ini bahkan seluruh minggu ini? Bagaimanakah anda menggunakan kekayaan masa dari Tuhan? Apakah anda menggunakannya untuk memajukan Injil, atau untuk menjadi tubuh Kristus kepada orang sekitar anda, dan di luar sekitaran anda? Buatlah perubahan yang perlu kepada jadual hari anda. Ketika anda merenungi ayat Alkitab ini, telitikan diri sendiri dan bagaimana anda menggunakan masa anda.

BERBUAH
Gunakan masa secara terbaik.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 28Hari 30

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan