Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 31 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 6:1-4.
Allah kita mementingkan konsep susunan. Konsep hormat dan taat terjumpa di seluruh Alkitab. Baca petikan ini dan perhatikan d mana Tuhan khususnya bercakap dengan anda. Jangan mengabaikannya, di sebaliknya bawalah ke hati. Minta Tuhan membantu anda merenungi ini hari ini. Berfikir tentangnya. Minta Tuhan mendedahkan segala yang anda perlu berserah kepadaNya.

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 6:2-3
"Hormatilah ibu bapamu” adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: “supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi.”

MENJIRAM BENIH
Apakah anda menghormati ibubapa anda? Apakah anda mendidiki anak-anak anda mengikut jalan yang patut, agar mereka tidak terkecewa? Perlukah anda mengakui dosa yang lepas? Mungkin anda terluka oleh ibu atau ayah. Benarkan Tuhan menyembuhkan anda. Izinkan Dia ke dalam tempat private anda. Percayalah bahawa Dia boleh menyembuhkan sebarang cedera dan segala cedera. Perlukah Tuhan membantu anda mengampuni sesiapa? Mintalah bantuanNya.

Tidak kira bagaimana kelakuan ibubapa anda, bayangkan jikalau anda menghormati ibubapa anda minggu ini. Sekiranya ibubapa sudah meninggal dunia, pertimbangkan bagaimana anda boleh menghormati mereka melalui perkataan dan tindakan anda.

Pertimbangkan warisan mereka kepada anda dan tanya Tuhan samada anda patut meneruskan warisan yang mulia dan cemerlang. Bersyukurlah kerana Allah menjadi Bapa anda di syurga dan bersyukurlah terhadap zaman kanak-kanak anda. Percayalah bahawa Dia bekerja dalam segala sesuatu untuk membawa kebaikan kepada mereka yang mengasihi Dia. Baca Roma 8:18-30.

BERBUAH
Menghormati ibubapa anda.
Menghormati Bapa anda di syurga.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 30Hari 32

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan